PAS pernah menyertai kerajaan campuran dan Barisan Nasional (BN) dengan syarat yang tegas supaya dasar dan perjuangan Islamnya tidak diganggu, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata syarat itu juga meletakkan agar PAS diberikan peluang untuk berdakwah dan menerapkan Islam dalam jentera dan institusi kerajaan.
"Akhirnya PAS dikeluarkan daripada BN pada tahun 1979 apabila kumpulan sekular kuat menguasai Umno dan BN selepas ketiadaan Almarhum Tun Abdul Razak, menyebabkan disingkir beberapa pemimpin yang bersemangat agama di dalam Umno di semenanjung seperti Tan Sri Jaafar Albar, Datuk Harun Idris dan disingkir pemimpin BN di Malaysia Timur seperti Tun Abdul Rahman Yaakub dan Tun Datu Mustafa serta diikuti PAS ditendang keluar," katanya.
Abdul Hadi berkata PAS juga meletakkan syarat Islam sebagai al-Din apabila parti itu menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah bersama Parti Semangat 46 sehingga gabungan itu menang di Kelantan. Katanya, gabungan itu berusaha melaksanakan syariat namun diberi amaran keras oleh perdana menteri pada masa itu menyebabkan Semangat 46 kemudiannya terkubur.
"Kemudiannya PAS menyertai Barisan Alternatif (BA) dalam titik persamaan menentang penyelewengan dan salah laku tanpa gangguan terhadap Islam yang menjadi pegangan PAS, namun tetap tegas walaupun DAP keluar daripada BA kerana anti Islamnya.
"Seterusnya Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan dan akhirnya terkubur apabila hendak dipinggirkan cita-cita Islam dan wujudnya usaha mahu menggugurkannya kerana agenda politik mengatasi kepentingan Islam," katanya menerusi tulisan disiarkan oleh portal rasmi PAS, Harakahdaily.
Tolak usaha pinggir kuasa Islam
Menurutnya, PAS menolak segala usaha meminggirkan kuasa umat Islam daripada persada politik Malaysia menerusi konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan DAP, namun tetap menerima hakikat masyarakat majmuk di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>