Gara-Gara Bocorkan Kisah Cinta, Remaja Dibunuh infomalay12.blogspot.com


NEW DELHI - Seorang pelajar lelaki sekolah tingggi di India ditemui mati di Daerah Bihar Rohtas, India.

Mayat Sahil Kumar, 18 ditemui di Jagadev Chowk di Tilauthu dan identiti Kumar diketahui dari kad keluarga yang disimpan di dalam poketnya, kata pihak polis.

Pihak polis menolak dakwaan bahawa Kumar menjadi mangsa kecurian ini disebabkan kerana motosikal pelajar tersebut terletak di samping mangsa.

Tetapi keluarga Kumar mengesyaki Kumar dibunuh oleh keluarga rakan sekelasnya.

Sebelum ini pada 7 Disember lalu,  Kumar dikatakan telah membocorkan rahsia mereka berdua menjalin hubungan cinta di sekolah kepada pelajar yang lain.

Prabhu Nath Singh berkata bahawa anak saudaranya sering menerima ancaman bunuh dari keluarga rakannya, lapor Hindustan Times.

Bagaimanapun, kes tersebut sudah diselesaikan oleh Ketua sekolah tempat mereka belajar.

Jelas Singh, "Sahil terbunuh dengan senjata tajam dan mayatnya dibuang ke Jagadev Chowk untuk menunjukkan kesannya dia menjadi mangsa kemalangan."

Disebabkan itu, keluarga Kumar kemudiannya telah mengadakan protes di Tilauthu dan mereka menggesa kerajaan menangkap pelaku terbabit dan membawanya ke penjara.

Protes tersebut dilakukan dengan cara menyekat jalan raya.

Difahamkan, sekatan baru dibuka selepas keluarga Kumar mendapat jaminan daripada pihak polis bahawa mereka bakal menangkap keluarga rakan sekelas Kumar tersebut. Sumber: SuaraTv. Editor: Atila Atasha

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :