Tidak reda lagi dengan kejadian yang berlaku kepada pelakon Izreen Azminda baru-baru ini, kini timbul pula mengenai desas-desus mengatakan bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar peribadi milik Izreen dan suaminya.
Izreen yang dikatakan bengang dengan keadaan tersebut telah meluahkan perkara itu di akaun Instagramnya dengan berkata, "Sudah lama saya diamkan diri sejak isu mengenai pernikahan saya diperdebatkan dan diam tidak beerti salah dan takut."

"Cuma memberi ruang untuk kesemua pihak yang terlibat memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa tetapi rupanya tidak sama sekali seperti yang disangkakan! Malah bertambah teruk!"
"Dan kini tersebar pula gambar peribadi saya dirumah bersama suami yang tidak bertudung. Nama pun dekat rumah, takkan nak pakai jubah! Bukan gambar diluar!," luah Izreen terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Difahamkan, ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar peribadi Izreen yang tidak berhijab bersama suami ketika berada di rumah.
Kata Izreen, "dia telah memfitnah bahawa gambar itu diambil sebelum kami berkahwin oleh salah seorang kawan yang datang ke rumah saya tapi yang peliknya tiada seorang pun lagi kawan saya pernah jejakkan kaki ke rumah itu."
"Ke ada manusia yang sejenis gigih telah membuat salinan kunci semata-mata untuk masuk ke rumah itu dengan niat yang tidak baik ketika saya dan suami tidak ada dirumah. Wow awak sangat hebat!"
Namun difahamkan, gambar tersebut dimuat naik oleh satu akaun Instagram yang menggunakan nama, '@Izreen_Azminda_perampas' yang jelasnya bukan peminat pelakon tersebut.
Izreen yang kecewa dengan fitnah yang tersebar menyifatkan sikap manusia tersebut seperti hati binatang.
"Dan untuk akaun Instagram yang menyebarkan gambar ini, tunggu tindakan selanjutnya yang akan dikenakan keatas anda kerana menjatuhkan maruah saya dan menyebarkannya di media sosial! Tulis Izreen lagi.
Semoga Izreen tabah dan terus sabar menghadapi ujian ini. Sumber : MyArtis.com Editor: Atila Atasha