Presiden Pas, Hadi Awang yang nama dan gambarnya sudah disebarkan secara meluas serta digembar-gemburkan akan hadir dalam Himpunan Solidariti Baitulmaqdis bersama Perdana Menteri, Najib Razak di Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini, akhirnya tidak muncul dalam program tersebut.
Hadi sebaliknya hanya diwakili oleh anaknya, Khalil Hadi yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat.
Dalam hal ini, agak menghairankan juga mengapa Hadi tidak mahu dirinya diwakilkan oleh Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan atau lain-lain penjawat kanan dalam Pas?
Mengapa mesti anaknya mewakili beliau, sedangkan yang hadir di pihak UMNO dan kerajaan ialah Najib, Zahid Hamidi dan beberapa menteri?
Yang lebih menarik, sudahlah Hadi tidak hadir, tiada seorang pun pemimpin Pas lain turut serta, malah ahli-ahli Pas juga boleh dikatakan tidak ramai yang hadir dalam himpunan tersebut.
Difahamkan ketidakhadiran Hadi hanya disebabkan beliau menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Jika berkhutbah di Masjid Rusila merupakan alasan ketidakhadiran Hadi, sedangkan perkara itu hampir setiap minggu dilakukannya, apakah tidak boleh beliau menguzurkan dirinya sekali-sekala demi untuk Palestin dan bagi menggembirakan hati Najib yang tentunya amat mengidamkan untuk duduk sepentas dengannya?
Tambahan lagi, ketika Zahid Hamidi mengumumkan kehadiran Presiden Pas itu bersama Najib dalam Himpunan Selamatkan Baitulmaqdis sejak lebih dua minggu lalu, sudah tentu persetujuan awal telah diperolehi daripada Presiden Pas itu.
Maka, bagaimanakah Hadi boleh tiba-tiba membuat keputusan tidak hadir?
Apakah beliau tidak menghormati persetujuan awal yang sudah diberinya sebelum ini?
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
MACAM-MACAM PROSES BSH, SEOLAH-OLAH TIDAK IKHLAS infomalay12.blogspot.com
Tujuan Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah untuk meringankan beban rakyat, namun sebaliknya seperti didakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Se… Read More...
[Video JANGAN DIBERI SUSU, TUBA DIBALAS] Pas vs Sarawak Report: Versi yang diluar kotak untuk sama2 kite fikir! 'Pas dan RM90 juta' akan menjadi satu lagi dokumen sejarah khasnya dalam aspek politik di Malaysia.. infomalay12.blogspot.comAhad, 10 Februari 2019
Otai BERSIH
Pas Vs Sarawak Report: Versi yang diluar kotak untuk sama2 kite fikir.
AYUH kita sama-sama membuat ana… Read More...
MACAM-MACAM PROSES BSH, SEOLAH-OLAH TIDAK IKHLAS infomalay12.blogspot.com
Tujuan Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah untuk meringankan beban rakyat, namun sebaliknya seperti didakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Se… Read More...
bantuan satu helai tuala Good Morning.Harapan untuk lap sedikit kebasahan? infomalay12.blogspot.com
Betulkah di bawah ini adalah harga kereta di Malaysia tidak lama lagi?
- Perodua MyVi RM24,860
- Honda Civic RM63,150
- Toyota… Read More...
[Video BBBB Bukan bishe-bishe BALUN duit rakyat] Bila bermusuh dengan DAP, begini dalilnya! Bila kena kencing, ini dia dalilnya! Tarik balik saman SR pun, aikkk ada dalilnya? PAS Tokey segala dalil. infomalay12.blogspot.comAhad, 10 Februari 2019
Mintak 4 Saksi,Sekali Dapat 40 Saksi Daa..!
Kami Viral
Bila bermusuh dengan UMNO...begini dalilnya.
Bila ber… Read More...