Bank Dunia: Penduduk miskin di bandar terjejas teruk akibat inflasi infomalay12.blogspot.com

Kos hidup yang semakin meningkat memberi kesan yang tidak seimbang terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Malaysia, dengan mereka yang tinggal di kawasan bandar paling teruk terjejas, menurut Bank Dunia.
Memetik data dari Jabatan Perangkaan mengenai perbelanjaan isi rumah, Bank Dunia berkata terdapat "ketidaksamaan yang ketara" dalam perbelanjaan isi rumah, dengan kumpulan berpendapatan rendah membelanjakan hampir 40 peratus daripada perbelanjaan membeli makanan, berbanding kira-kira 25 peratus di kalangan golongan kaya.
"Akibatnya, isi rumah termiskin terjejas teruk dengan kenaikan tekanan inflasi sejak beberapa tahun lalu dengan kenaikan harga makanan lebih tinggi.
"Kesan ini lebih jelas di kawasan bandar kerana inflasi harga makanan lebih tinggi berbanding di kawasan pedalaman," katanya dalam laporan Pemantau Ekonomi Malaysia.
Antara 2010 dan Okt 2017, Bank Dunia menyatakan bahawa kos makanan meningkat 31 peratus di kawasan bandar, berbanding 24 peratus di kawasan luar bandar.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :