OSAKA - Sepasang suami isteri ditahan pihak polis selepas dipercayai mengurung anak mereka selama bertahun-tahun di dalam sebuah bilik kecil hingga mati kesejukan di Osaka, Jepun.
Ibu bapa mangsa, Yasutaka Kakimoto, 55 tahun dan Yukari kakimoto, 53 tahun didakwa berbuat demikian kerana percaya bahawa anak perempuan mereka yang berusia 33 tahun itu menghidap penyakit mental yang boleh membuatkan dia bertindak agresif.
Mayat anak mangsa, Airi Kakimoto dijumpai dalam keadaan kurus kering melampau selepas ibu bapanya melaporkan kematian pada Sabtu, kata pihak polis.
Malah ketika mayatnya dijumpai, berat Airi cuma 19kg, menurut The Japan Times.
Pasangan terbabit mengaku hanya memberi anak mereka makan sekali sehari dan telah mengurungnya di dalam bilik berukuran 3 kaki persegi selama 15 tahun.
Kata pihak polis menerusi kenyataan daripada ibu bapa mangsa, "anak kami sakit mental sejak dia berusia 16 atau 17 tahun. Dia sering berlaku ganas, jadi kami kurung dia di dalam bilik itu."
Menurut pihak polis juga, ibu bapa mangsa telah memasang kamera dan pintu kebal pada bilik berkenaan, selain pagar setinggi 2 meter mengelilingi rumah mereka.
Pada mulanya Airi ditemui mati pada 18 Disember tetapi mereka hanya melaporkan kematiannya pada Sabtu lalu atas alasan 'mahu bersama dengan anak mereka'.
Manakala pasangan itu ditahan atas dakwaan membuang mayat secara salah sebelum disabitkan deengan pertuduhan yang lebih serius. Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha

Related Posts :
[Video Tun M: Di Santai 2-Roda Semenyih 28/02/2019] Itulah dah di khabar..Siasatan belum selesai pasai apa Pas cakap dah menang kes? SPRM rampas kereta, beku akaun bank RM2.3 juta pemimpin PAS. infomalay12.blogspot.comKhamis, 28 Februari 2019
Itulah dah di khabar. Siasatan belum selesai pasai apa pas cakap dah menang kes dan dah bersih. Tak faham ayat s… Read More...
Anwar declares PAS paid RM1.4 million to Claire... infomalay12.blogspot.com
PAS, Malaysian Islamic Party, thought they could play everyone and get away with it. But it appears 2019, the Year of the Pig according t… Read More...
[Video Lim Guan Eng di Semenyih] Identiti didedah - Nasharudin Mat Isa didakwa menerima dana berkaitan 1MDB. infomalay12.blogspot.comJumaat, 1 Mac 2019
Identiti didedah - Nasharudin Mat Isa
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya untuk mendedahkan na… Read More...
[Video Semenyih Bravo, Bravo Mat Sabu] Dr M: BN sudah Innalillah, Umno sudah hancur. Glup! infomalay12.blogspot.comJumaat, 1 Mac 2019
Dr M: BN sudah innalillah, Umno sudah hancur
Dalam menyeru sokongan untuk Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil… Read More...
[Video Tun M Semenyih Kerajaan Tak Kan BERTUKAR] Breaking News 7 ke 9 pemimpin Pas akan disiasat SPRM pagi ini! Dia yang saman, Dia yang tarik balik, Dia pulak yang kena bayar? Memang betul2 bodoh puak2 ni! Walaun dah mula nak main UGUT2 pula. infomalay12.blogspot.comJumaat, 1 Mac 2018
Breaking news
Info baru kami terima. Difahamkan 7 ke 9 pemimpin Pas akan di ambil keterangan di SPRM..esok.
Dia ugut … Read More...