5 Ciri-ciri Lelaki Idaman Neelofa infomalay12.blogspot.com


Artis yang menguasai perniagaan tudung di Malaysia semakin meningkat naik apabila diumumkan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Air Asia.

Menjadi persoalan bagi Neelofa sendiri kenapa lelaki takut untuk mendekatinya. Lelaki diluar sana yang ingin mencuba memikat hati Neelofa perlu tahu apa ciri-ciri suami yang perlu ada pada mereka.

5 ciri-ciri lelaki idaman Neelofa:

1. Matang

Menurut Neelofa, ciri-ciri utama lelaki yang ingin menjadi pendampingnya lelaki tersebut harus lebih matang terutamanya matang dalam hubungan dan berpandangan jauh kerana ia penting untuk menentukan masa depan diri dan juga keluarga.

2. Pandai Jaga Diri

Jejaka itu harus pandai menjaga diri dan juga pasangannya. Dalam sesebuah hubungan, jejaka tersebut haruslah pandai mengawal keadaan dan tidak bergantung pada orang lain.

3. Pandai Mengawal pasangan

Menurut Neelofa, dia merupakan seorang yang suka menguasai hubungan, jadi pasangannya kelak harus bijak mengawal Neelofa. haa mampu ke tidak?

4. Berjaya dalam hidup

Lelaki tersebut harus mempunyai kerjaya dalam hidup, kuat mencari rezeki dan rajin berusaha untuk lebih berjaya di masa akan datang.

5. Suka lelaki wangi

Neelofa ada kongsikan satu rahsia bahawa dia merupakan seorang wanita yang mudah tertarik dengan bau-bauan yang harum dan wangi. Boleh dikatakan Neelofa sangat sukakan lelaki wangi.

Jika anda rasa anda memenuhi semua ciri-ciri lelaki idaman Neelofa tidak salah jika anda mencuba nasib. 

Bertuah siapa yang dapat menjadi suami kepada selebriti yang cantik dan bijak ini. Sumber : Roti Kaya  Editor: Nsuhaili

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :