WISMA TOKGURU, DENDAM PAS YANG MENGUNTUNGKAN AMANAH infomalay12.blogspot.com

Tanggal 16 November, lusa adalah tarikh akhir yang ditetapkan oleh Pas Kelantan untuk memasuki Wisma Tokguru di Salor itu sebagai menandakan parti itu memiliki premis itu secara rasmi. Pada hari itu juga Pas akan mengadakan solat hajat dan syukur; dikerahkan para penyokongnya beramai-ramai. Khabarnya untuk menjayakan majlis itu dan bagi menarikan kehadiran disediakan makanan (upah) untuk 5,000 orang.
Ertinya Pas mensasarkan majlis itu nanti dihadiri 5,000 orang. 5,000 orang kalau mengikut kapasiti batalion dalam askar sebanyak lima batalion.
Dan malam tadi pihak Amanah telah berhimpun di premis itu untuk mengadakan majlis munajak dan memohon kepada Allah agar premis itu selamat terus menjadi hak mereka. Majlis malam tadi diketuai sendiri oleh “pemilik” premis itu Husam Musa yang juga merupakan penasihat Amanah Kelantan merangkap Pengerusi Pakatan Harapan.
Yang hadir malam tadi bukan sahaja di kalangan orang Amanah tetapi turut sama dihadiri oleh anggota komponen Pakatan Harapan (PH) daripada PPBM dan juga PKR serta mereka tidak berparti yang bersimpati dengan nasib diterima Amanah dan dialami Husam. Majlis munajak malam tadi menampakan wujud solidariti di kalangan komponen PH menyerlahkan semangat juang yang gigih dan tidak mudah mengaku kalah.
Itulah mungkin rahmat di sebalik onar brutal yang dibuat oleh Pas, membeli tanah bangunan Wisma Tokguru itu secara senyap, akhirnya perbuatan itu menyuntik semangat juang dan mendapat simpati di kalangan penyokong dan ahli Amanah dan komponen PH di Kelantan.
Selepas bermunajak semalam, Husam membuat sedikit penjelasan berkaitan dengan status Wisma Tokguru berkenaan. Ramai orang tidak menyedari bahawa Wisma itu adalah pusat khidmat Adun Salor yang mana beliau adalah Adunya. Dari penjelasan itu menunjukkan Wisma itu adalah menjadi haknya dan ini dikukuhkan dengan pengakuan oleh pihak Majlis Daerah Kota Bharu (MDKB) yang menamakan bagunan itu sebagai Pusat Khidmat Adun Salor, di mana dalam penamaannya tidak ada pun perkataan PAS.
Menyentuh mengenai bangunan itu, Husam memperakui tanah tempat berdirinya bangunan itu adalah milik isteri Allahyarham Rusli Ibrahim yang mana telah diberikan kebenaran kepadanya mengguna bangunan itu dan membina bangunan tambahan. Surat keizinan itu ada kepadanya. Yang menghairankan dan timbul persoalan kenapa penjualan tanah itu oleh isteri Rusli tidak diberitakan kepada Husam dan dilakukan secara senyap.
Apakah isteri Rusli ada masalah dengan Husam atau beliau dihasut? Kerana kalau beliau tidak ada masalah sepatutnya sebelum menjualkan tanah itu beliau seharusnya bertanyakan Husam terlebih dahulu yang sedang menduduki tanah berkenaan yang mana sepatutnya Husam dahulu yang ditawarkan.
Di sinilah timbul anggapan penjualan dan pembelian tanah itu ada konspirasi. Ia sengaja diaturkan demikian rupa dengan motif tertentu. Apa lagi proses pembelian itu, menanda tangani borang 14A (penjualan) dilakukan di rumah bukan di pejabat seperti lazimnya.
Memahami apa dijelaskan Husam semalam bahawa kerja-kerja membina dan membesarkan bangunan yang dinamakan Wisma Tokguru itu dibuat dengan kebenaran dan menggunakan wang beliau bukannya ia diambil dari wang derma orang ramai khasnya PAS. Tidak ada mana-mana institusi atau pun taukeh pasir dan balak membantunya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :