W. Persekutuan: Harapan yakin sapu bersih pada PRU14 infomalay12.blogspot.com

PAKATAN pembangkang yakin memenangi semua 12 kerusi parlimen dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pada PRU akan datang.
Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, dengan sokongan yang diberikan warga Kuala Lumpur dan Labuan, Harapan yakin akan sapu bersih kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan sebagai tanda 'menghukum' Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Pada PRU lalu, pembangkang menang sembilan kerusi parlimen, cuma kalah tipis di dua kerusi iaitu Setiawangsa dan Titiwangsa.
"Oleh itu, kita yakin menang semua kerusi yang dipertandingkan di Wilayah Persekutuan, termasuk Parlimen Putrajaya," kata Kok Wai seperti dipetik dalam Oriental Daily.
Menurut Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras, Tengku Adnan tidak mampu menguruskan Kuala Lumpur dengan cekap sehingga menyebabkan warga Kuala Lumpur kini menghadapi pelbagai masalah.
Timbalan Ketua Wanita Harapan Dr. Siti Mariah Mahmud pula berkata, Pakatan Harapan Kuala Lumpur mempunyai lebih daripada 2,000 ahli wanita yang mampu membentuk pasukan mantap bagi memastikan kemenangan memihak kepada mereka.
"Golongan wanita di bandar semakin tertekan dengan masalah kos sara hidup yang tinggi. Kami sudah mendekati pengundi dan memang bersedia menghadapi PRU pada bila-bila masa daripada sekarang," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :