Skandal 1MDB akan terus jejas ekonomi, takutkan pelabur asing infomalay12.blogspot.com


Pakatan Harapan Perak berpandangan Malaysia tidak akan menjadi pilihan pelabur asing jika ekonomi negara tenat dan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih menyelubungi imej tanahair.
Kenyataan bersama dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Batu Gajah V.Sivakumar bersama Timbalan Setiausaha Agung DAP Pusat, Timbalan Pengerusi DAP Perak dan Ketua Sekretariat PH Perak sebulat suara mengambil pendirian bahawa skandal 1MDB telah mengotori negara dengan istilah kleptokrasi tersebar luas di seluruh dunia.
Skandal 1MDB akan terus jejas ekonomi, takutkan pelabur asing“Baru-baru ini, terdapat beberapa pelabur asing telah berhenti menjalankan operasi mereka atau berpindah ke negara lain. Di samping itu, minat pelabur asing yang baru juga semakin berkurangan.
“Ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Penutupan kilang-kilang asing akan menyebabkan pembuangan pekerja. Ini akan meningkatkan kadar pengangguran negara.
“Kita amat bergantung kepada pelaburan asing untuk mengembangkan ekonomi negara.
PH Perak telah memberikan lima negara pelabur asing terbesar di Malaysia setakat tahun 2016 adalah seperti berikut; Jepun (RM88.5 bilion), Amerika Syarikat (RM71.9 bilion), Singapura (RM39.2 bilion), Jerman (RM31.2 bilion) dan Belanda (RM21.6 bilion).
Justuru kenyataan itu menyebut jika negara tidak membetulkan imej negara akan hilang lebih banyak pelabur asing.
“Bahkan pelabur-pelabur baru juga akan berasa gerun melabur di negara kita.
“Disamping insentif-insentif kepada pelabur asing, isu ketelusan pentadbiran negara juga merupakan faktor penting dalam usaha menarik pelabur asing yang berwibawa.”
Skandal 1MDB dan penglibatan pemimpin utama seperti MO1 telah menurut PH Perak juga menjejaskan keinginan pelaburan asing melangkah masuk negara. Akibatnya, ekonomi negara terjejas.
“Keadaan ini tidak boleh berterusan. Kita perlu serius dalam hal menyelesaikan skandal 1MDB untuk kebaikan rakyat dan masa hadapan negara.
“Pihak berkuasa PDRM, SPRM dan Peguam Negara harus menunjukkan sikap neutral apabila melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan demi rakyat Malaysia.
“Hari ini, nama baik institusi-institusi tersebut termasuk Dewan Rakyat tercemar kerana melindungi pihak-pihak yang terlibat dalam skandal besar ini,” ujar kenyataan itu.

Subscribe to receive free email updates: