Posting di atas dibuat oleh penyokong kuat 'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kita faham tujuan beliau adalah untuk menyindir kehadiran Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Dikatakan tuan punya posting berkenaan telahpun memadamkamkannya apabila ada pengomentar telah meletakkan gambar di bawah. Siap duduk bersimpuh lagi. Kalau DS Najib Tun Razak duduk bersimpuh, macam-macam cercaan yang keluar, pondan la ... darai la ...
Tun Dr Mahathir datang ke Pulau Pinang bersama Parti Cap Bunga Raya serta ditemani Presiden PAN, Mat Sabu sekadar untuk menunjukkan muka. Tiada bantuan makanan dan pakaian yang dibawa untuk mangsa banjir. Waima Ketua Menteri Pulau P{inang pun tidak turun menyambut beliau kerana Joseph Lim Guan Eng tahu ini semua lakonan opera Cina.
CTS ambil contoh parti komponen Barisan Nasional, MCA. Walaupun mereka tiada kepentingan di Pulau Pinang (memandangkan Gerakan dan UMNO bertanding di majoriti kerusi DUN dan Parlimen di sini), mereka tetap turun untuk membantu dan menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Berlainan dengan pemimpin-pemimpin PAN dan Parti Cap Bunga yang turun ke Pulau Pinang sekadar mencukupkan syarat. Dengan sedikit ceramah dan lawatan sessi fotografi, kedatangan Tun Dr Mahathir ibarat ada tidak menambah, tiada tidak mengurang. Bukan CTS kata. Rakyat Pulau Pinang yang kata. Kalau tidak percaya, dengarkanlah sendiri apa kata Rakyat Pulau Pinang dengan kedatangan Tun Dr Mahathir dalam video di bawah.