Pembangkang cuba tipu rakyat tukar GST jadi SST, sembang Najib infomalay12.blogspot.com

PM berkata pengenalan sistem SST bukan sahaja terkebelakang malah akan membebankan rakyat secara tersembunyi.
najib-gst
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu pembangkang ikhlas dalam soal cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan jangan menipu rakyat kononnya GST patut dihapuskan tetapi dalam masa sama akan mengembalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sudah lapuk.
“Mansuhkan sahaja cukai barang dan nyatakan di mana mereka (pembangkang) mahu menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion setahun. Usahlah perdayakan rakyat,” kata perdana menteri dalam catatan terkini blognya hari ini.
Najib menjelaskan SST yang mahu diguna pakai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.
Beliau berkata pengenalan sistem SST bukan sahaja terkebelakang, malah akan membebankan rakyat secara tersembunyi.
Dr Mahathir sedar akan perkara itu dan pernah mengakui GST lebih baik daripada SST kerana pentadbiran beliau sendiri yang mengesyorkan untuk menaik taraf cukai kepada sistem GST, kata Najib.
 “Akhirnya Dr Mahathir bersetuju dengan kerajaan bahawa GST menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion.
“Namun kerana beliau keterlanjuran kata menjanjikan pemansuhan GST, beliau sekarang ini mahu menggantikan GST dengan SST, sebuah sistem lapuk dan tersembunyi yang ditamatkan 160 negara di dunia. Sekali lagi Tun melakukan u-turn (pusingan U),” jelas perdana menteri.
Beliau berkata Dr Mahathir ingin menampakkan seolah-olah pembangkang akan menghapuskan GST tetapi sebaliknya akan menggantikan dengan SST dengan kadarnya tidak dimaklumkan kepada pembeli bagi mengemis undi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :