Perkara utama yang perlu wujud untuk sesebuah negara yang danggap bersih atau bebas dari rasuah ialah ia meski didukung sikap amanah dan jujur pemimpinnya, penjawat awam malah rakyat seurluhnya.
Ini ciri utama yang perlu wujud. Ini disebut oleh ulama dan tokoh besar sains sosial Islam, Ibnu Khaldun dalam ‘Muqadimah Ibnu Khaaldun’nya.
Negara yang begini, katanya, tidak akan nada keberkatan dari Ilahi.
Oleh itu, kata Ibnu Khaldun lagi, jika pemimpin sesebuah negara rosak, maka rosaklah sesebuah negara itu dan rosaklah pula rakyat negara itu.
Rasuah adalah najis berat, walau sebesar manapun jumlahnya.
Saya mengingat semua ini ketika mengikuti pengumuman pimpinan Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mahathir Mohamad.
Beliau mengumumkan manifesto anti rasuah yang bertekad menjadikan Malaysia di antara 10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030.
Ia adalah antara tindakan dalam 100 hari pertama sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan PH kelak selepas PRU ke-14.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir dan Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen kelmarin yang turut dihadiri pimpinan utama parti gabungan Pakatan Harapan.
Ada lima teras kepada memerangi rasuah ini diberikan tumpuan dalam usaha untuk memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
1. Mereformasi SPRM menjadi sebagai badan bebas yang melapor dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
2.Memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM dalam kes-kes rasuah
3.Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegahan Rasuah (SPPPR) untuk membolehkan SPRM membuat pilihan sendiri pegawai dalam perkhidmatan SPRM.
4.Memastikan peruntukan tahunan SPRM mencukupi dan SPRM diberi autonomi menguruskan kewangan mereka dan
5. Menjamin hak pelantikan tetap bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk memastikan beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan tegas dan tanpa takut. Pelantikan Ketua Pesuruhjaya akan dibuat oleh Yang Dipertuan Agung atas nasihat jawatankuasa parlimen.
Selain itu turut melalui reformasi berkaitan dengan sumbangan politik dan reformasi meningkatkan ketelusan.
Membersihkan negara dari rasuah adalah sebuah cia-cita yang sangat muni, malah diunntut oleh agama. Maka semua pihak – pemimpin, penjawat awam dan rakyat selurunya metilah memiliki sifat amanah, jujur, takut melakukan dosa dan sebagaina.
Kini, apa yang sudah dilihat oleh rakyat ialah pelabagi perlakuan rasuah yang sudah sampai ke tahap bersekalaa besar. Berpeti-peti wang tunai, barang kemas, beg tangan, jam tangan berjenama telah ditemui.
Memang tidak semudah itu untuk membersihkan negara dari majlis rasuah. Tetapi tenttu boleh dilakukan, bukan semata-mata melalui undang-undang dan hukuman yang berat, tetapi juga melalui dididikan agama, moral dan belajar hidup sederhana.
Maka itu, walau seberat dan sesukar manapun, kita yakin Pakatan Harapan yang jika memenangi PRU akan datang dan berkuasa, boleh saja melakukannya.