Menurutnya, tanggapan yang mengaitkan keputusan Ketua Pembangkang Dun Kedah itu dengan bai’ah atau janji sumpah setia untuk memberi ketaatan menjadikan Pas lebih mudah tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Lebih separuh Ahli Jawatankuasa Pas Sesi 2013 – 2015 meninggalkan parti yang hilang hala tuju itu.
“Entah apa-apa cara berfikir pentaksub Pas. Cara berfikir sebegitu elok benar terus disuburkan dalam Pas supaya lebih banyak orang keluar Pas dan Pas lebih mudah kalah dalam pilihan raya akan datang,” bidasnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, Kedah bukan lagi negeri yang selamat bagi Pas susulan daripada keputusan beberapa pimpinan Pas negeri tersebut untuk meninggalkan parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Sebaliknya, tegas Zolkharnain, Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dun dan 15 kerusi Parlimen itu bakal dikuasai Pakatan Harapan pada pilihan raya akan datang.
“Pas Kedah kehilangan seorang lagi ‘jurutera’ politik selepas mereka kehilangan seorang jurutera (Pahrolrazi) dan seorang doktor (Ismail) yang bersama AMANAH.
“Dengan izin Allah, sejarah kejatuhan BN Kedah akan berulang. Bukan jatuh kepada Pas tapi kepada Pakatan Harapan, kerana Kedah yang banyak pondok dan padi bukan lagi kubu Pas,” ujarnya.
Beliau berpendapat kegagalan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa yang mesra Pakatan Harapan juga bukti situasi Pas Kedah pada masa ini.
“Diamnya Pas daripada memecat Mahfuz dan Nasir adalah bukti Pas Kedah semakin muram,” bidas bekas Adun Santan di Perlis itu lagi.
Selepas dua hari pelancaran AMANAH pada 16 September 2015 dengan menyaksikan 16 daripada 17 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Sesi 2013 – 2015 meninggalkan Pas, Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan panjang berkenaan bai’ah.
“Pas telah mensyaratkan bai’ah yang dimasukkan di dalamnya sumpah dan laknat dengan penegasan lafaz Allah menjadi saksinya.
Read More / Baca Lagi >>