Khazanah kata, leksikon bahasa perdana menteri infomalay12.blogspot.com

Rasa-rasanya tidak ada perdana menteri yang lebih taasub dengan asal keturunannya melainkan (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak.
Beliau sangat fanatik dengan etnik Bugis dan darah keturunannya. Tanpa segan silu beliau mengisytiharkan dirinya pahlawan Bugis.
Saya pernah menyiarkan sebuah rencana dalam blog ini pada 29 April 2015 menceritakan bagaimana, dalam satu lagi majlis serius iaitu pembentangan laporan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP), Najib mengisahkan hal orang Bugis dan kapal mereka.
Merujuk kepada diri beliau sebagai berketurunan Bugis, Najib berkata, pantang orang Bugis meninggalkan kapalnya walaupun karam dilanda badai. Kalau berminat boleh baca di sini.

Ketaasuban kepada darah Bugis ini mungkin ada kena mengena dengan gelaran tertinggi Bugis daerah Gowa yang dianugerahkan kepadanya iaitu I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil.
Anugerah itu diberikan kepadanya pada tahun 2005 ketika dia menjadi timbalan perdana menteri.
Tetapi ada satu lagi aspek menarik mengenai Najib yang muncul sejak beliau diangkat menjadi perdana menteri pada tahun 2009 iaitu khazanah katanya.
Bagi saya yang mengenali beliau sejak tahun 1977, perubahan bahasa itu agak memeranjatkan kerana ia bercanggah dengan perwatakan beliau yang saya ketahui.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, leksikon bahasa beliau menjadi semakin berwarna – orang putih kata “colourful” – yang membawa maksud kasar, kesat atau lucah.
Antara yang terkenal adalah:
Haram jadah - ditujukan kepada peneroka Felda yang dituduhnya tidak menyokong BN.
Bangang – ditujukan kepada penulis blog/laskar siber Umno yang bergaduh sesama sendiri.
Kepala bapak kau – kepada yang menyuarakan kebimbangan pergantungan kepada China akan menjejaskan kedaulatan negara, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Stupid (bodoh) – juga kepada yang menyuarakan kebimbangan pergantungan kepada China akan menjejaskan kedaulatan negara, khususnya Dr Mahathir.
Bangsat – amaran kepada orang Melayu sekiranya BN kalah.
Pedoman Bugis
Sepanjang yang saya tahu, almarhum Tun Abdul Razak Hussein, almarhum Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir tidak pernah menggunakan bahasa seperti itu di khalayak ramai atau dalam sidang akhbar.
Hatta almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang terkenal dengan watak “kelolo” (lawak) itu pun tidak mengguna istilah seumpama itu dalam nada yang Najib gunakan.
Tunku menggunakan bahasa seperti secara berjenaka, berseloroh dan selalunya di kalangan kenalan rapat atau di majlis-majlis tertutup.
Dalam carian saya mengenai leksikon Bugis, saya tidak pula menemui contoh atau bukti bahawa mereka adalah suku kaum yang suka mencarut atau menggunakan bahasa kasar.
Sebaliknya saya mendapati orang Bugis kaya dengan khazanah bahasa yang lembut dan petua yang penuh falsafah.
Misalnya mereka sangat rapi dan terperinci mengenai sifat-sifat yang perlu ada kepada seorang pemimpin atau ketua.
Disebutkan di dalam kitab nasihat orang Bugis, Lontara Attorioloang, dikatakan seorang pemimpin haruslah memiliki kriteria berikut (dalam bahasa Bugis dengan terjemakan bahasa Indonesia):
  • Maccai na malempu (cekap, jujur dan pintar)
  • Waranipi namagetteng (teguh pendirian serta berani dan tegas)
  • Paulle watakkalepi (sihat dari jasmani dan rohani)
  • Ke’nawa-nawapi (harus memiliki pandangan, visi dan misi, fikiran yang cemerlang)
  • Naetau masiripi dewata sewwae (bertaqwa kepada tuhan yang maha esa)
  • Nasiri’i alena, nasiri toi padanna rupatau (Menjaga harkat dan martabat dirinya, serta menghormati harkat martabat orang lain di sekitarnya)
Kemudian ada lagi petua dan petunjuk yang berbunyi:
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: