Kelab Che Det Mendedahkan Harga Minyak Di Thailand Lebih Murah Dari Malaysia infomalay12.blogspot.com



Semalam, Kelab Che Det telah menyiarkan beberapa gambar pemergian 'self proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan ke Thailand untuk satu seminar. Tujuan gambar-gambar berkenaan dimuat naikkan untuk menunjukkan layanan istimewa yang diterima oleh Mantan 22 tahun Perdana Menteri itu.

Walau bagaimanapun, salah satu daripada gambar tersebut menunjukkan harga minyak terkini semalam yang dikenakan di Thailand. Kebetulan, penyokong-penyokong ProTun pula sedang menyalak di media-media sosial tentang kenaikan harga minyak pada tengah malam Rabu.

Harga minyak di Thailand yang sama piawai dengan RON95 di Malaysia berharga TBT28.15 berdasarkan gambar pertama di atas. Jika ditukarkan kepada kadar tukaran wang asing semalam, harga yang dikenakan mengikut RM adalah RM3.56. Harga RON95 semalam adalah RM2.38 iaitu perbezaan sebanyak RM1.18.

Mungkin macai-macai ProTun boleh berhijrah ke Thailand untuk menikmati harga minyak yang lebih murah.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :