Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui wakil rakyat PKR di negeri tersebut tidak dibenarkan menyerahkan bantuan banjir seperti mana arahan dalam surat yang bocor sebelum ini.
Guan Eng memberi alasan sebagai perubahan prosedur menyebabkan pemberian tunai RM700 kepada mangsa banjir hanya akan dilakukan oleh Ahli Undangan Negeri (ADUN) daripada parti DAP dan ADUN PKR dipinggirkan.
“Selepas berbincang dengan setiausaha kerajaan negeri, kami memutuskan untuk membuat perubahan bagi memastikan rakyat Kebun Bunga tidak dipinggirkan. Ia adalah perubahan prosedur.
“Malahan, saya sendiri akan memberi bantuan dengan Yap kepada semua mangsa banjir. Itu sahaja saya boleh kata setakat ini. Biar kami beri bantuan banjir kepada semua mangsa banjir dan kita boleh bercakap perkara ini selepas 2 Disember,” katanya semasa sidang media di Pulau Pinang hari ini.
DUN Kebun Bunga diwakili oleh wakil PKR, Cheah Kah Peng dan Yap Soo Huey pula adalah ADUN DAP di Pulau Tikus yang berbeza kawasan.
Spekulasi mengatakan langkah diambil oleh Guan Eng itu bertujuan membalas dendam terhadap lima ADUN PKR di negeri itu yang sebelum ini membuat keputusan menentang keputusan kerajaan untuk menambak dua tahun lalu.
Kah Peng adalah salah seorang daripada lima wakil rakyat PKR yang menentang, empat ADUN lain adalah Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Dr Norela Ariffin (Penanti), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).
Terdahulu, media mendedahkan sepucuk surat bertarikh 20 November daripada Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Farizan Darus kepada Kah Peng yang memberitahunya tidak dibenarkan untuk mengendalikan pemberian bantuan RM700 daripada kerajaan negeri kepada mangsa banjir.
Related Posts :
PENGAMAL MEDIA DIHARAP BERPEGANG KEPADA ETIKA BAGI ELAK FITNAH infomalay12.blogspot.com
… Read More...
Kes 1MDB - Polis menyerbu sebuah firma audit, Deloitte Malaysia! Dahsyat di Indonesia..Khawarij bahaya kepada umat Islam [Video Hakim: Rosmah perlu isytihar hartanya] infomalay12.blogspot.comJumaat, 24 Mei 2019
KiniTV
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor gagal untuk mengketepikan notis pendakwaan yang memerluk… Read More...
Siapakah pemimpin PAS-TERENGGANU terima RM3.5 juta duit UMNO? Timbalan Menteri DAP serah sumbangan RM41,900 untuk tiga surau dikawasannya & Kerajaan PH Akan Melunaskan Pembayaran Fasa Kedua BSH [Video TUN M vs DS NAJIB - Debat Bukan Tindakan Profesional Najib oii] infomalay12.blogspot.comJumaat, 24 Mei 2019
Siapakah pemimpin PAS terima RM3.5 juta duit UMNO?
SPRM menyatakan sebelum ini, wang juta-juta duit UMNO tak akan masu… Read More...
Logik Pembangang! Tetak guna Pedang Samurai..Kalau cina buat hal, mesti tu kerja DAP! TERIMA KASIH kepada polis Perlis kerana dapat tangkap & heret mereka yg bakar kereta Mufti Perlis ke muka pengadilan [Video PAS DAN RM90 JUTA] infomalay12.blogspot.comJumaat, 24 Mei 2019
Logik Pembangang..
Suara Rakyat
TERIMA KASIH kepada polis Perlis kerana dapat tangkap & heret mereka yg bakar ker… Read More...
Parti GERAKAN bantah biasiswa utk pelajar Palestin, megapa Pas jadi bisu? Mai nak habaq, Azimar AHLI PAS yang juga bekas KETUA PEMUDA UMNO Jelempok? Zunar mahu fail saman Neezam Perkasa & Tun Faisal isu kartun dipalsukan [Video Malaysia tawar biasiswa kepada pelajar Palestin] infomalay12.blogspot.comJumaat, 24 Mei 2019
KiniTV
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memutuskan untuk menawarkan biasiswa buat pelajar-pelajar d… Read More...