Ahli Parlimen Bentong yang juga merupakan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai buat pertama kalinya telah menganjurkan Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Antarabangsa di pekan Bentong. Dianjurkan oleh MCA's Belt and Road Centre (Mbrace) dengan kerjasama Mango Entertainment Company's Sistem, iaitu Sistem Penyiaran Hunan, China.
Acara gilang gemilang tersebut telah berjaya menarik lebih dari 50,000 pengunjung ke Bentong. Acara ini juga turut dihadiri oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, DS Ahmad Shabery Cheek. Seramai 50,000 orang berada di Bentong dan situasi ini menyebabkan mereka yang gagal mendapat bilik hotel terpaksa mencari penginapan lain seperti inap desa atau 'homestay'.
Di dalam ucapan beliau, DS Liow menaruh harapan tinggi agar Bentong dapat menjadi taman kepada 'Greater Kuala Lumpur'. Bentong yang dikenali dunia dengan kelazatan durian jenis 'Musang King' dan kehebatan produk halia, menjadikan Bentong satu pekan yang unik untuk dikembangkan dari segi 'eco-tourism'.
Festival Perlancongan Kebusdayaan Durian Antarabangsa ini bakal dimasukkan ke dalam kalendar perlancongan di Bentong dan acara ini diharap dapat merintis hubungan baik yang sedia terjalin di antara Malaysia dan China serta dapat mempromosikan Bentong sebagai pekan yang unik dan cantik ke peringkat antarabangsa.