Ini adalah keratan akhbar Cina melaporkan Setiausaha Agong DAP, Joseph Lim Guan Eng sebagai berkata beliau tidak membangkitkan isu Pendidikan Cina dan Sekolah Cina di Parlimen kerana beliau tidak mahu MCA mendakwa DAP sengaja nempolitikkan isu berkenaan.
Ironisnya, Joseph Lim Guan Eng lebih gemar untuk mempolitikkan isu Sekolah Cina dan Pendidikan Cina di media, di dalam ceramah-ceramah politiknya samada di Dewan Orang Ramai atau Tokong Cina di hadapan khalayak kaum Cina sahaja.
Sebagai seorang yang dipilih oleh rakyat terutamanya oleh kaum Cina untuk jadi pemimpim kaum Cina ke Parlimen, Lim Guan Eng seharusnya menggunakan lantai Parlimen sebagai medan untuk dia memperjuangkan isu-isu kaum Cina tanpa rasa takut dan gentar.
Mungkin bagi Joseph Lim Guan Eng isu Sekolah Cina dan Pendidikan Cina tidak begitu penting atau keutamaan kepadanya kerana beliau bukan produk pendidikan Sekolah Cina. Joseph Lim Guan Eng adalah produk Sekolah Inggeris, atau 'English Educated'.
Joseph Lim Guan Eng membangkitkan isu Sekolah Cina dan Pendidikan Cina hanya di media dan dalam ceramah untuk tujuan membangkitkan rasa marah kaum Cina kepada Kerajaan Persekutuan sahaja.
Dalam kata lain, Joseph Lim Guan Eng mempolitikkan isu-isu sekolah Cina untuk meraih undi dan sokongan sahaja, bukan untuk memperjuangkannya dengan ikhlas pun.
Berlainan dengan Rejim DAP Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan pula sentiasa menitikberatkan pembangunan pendidikan negara tanpa mengira batasan kaum.
Melalui pembangunan sekolah-sekolah di Malaysia khususnya, kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan permohonan pembangunan 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina di negara ini.
Sekolah baharu berkenaan ialah SJKC Kuek Ho Yao, Mount Austin, Tebrau; SJKC Sim Mow Yu, Plentong; SJKC Tun H S Lee, Tebrau dan SJKC Tan Kah Kee, Nusajaya masing-masing di Johor, manakala pembinaan di Selangor melibatkan SJKC Lee Loy Seng, Ijok; SJKC Sunsuria, Dengkil; SJKC Tun Ong Yoke Lin, Kuala Langat; SJKC Too Joon Hing, Dengkil dan SJKC Tun Lim Chong Eu di Puncak Alam.
Pembangunan sekolah-sekolah ini sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak memberi tumpuan atau membantu hal berkaitan pendidikan sekolah selain sekolah kebangsaan khususnya SJKC.