Apa Masalah Nama Proton Ditukar Bao Teng Di China? infomalay12.blogspot.com

Apabila berita Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Li Chunrung bercadang menukar nama Proton kepada 'Bao Teng', kumpulan macai ProTun sudah mula mengelabah. Ada kata nanti semua model tukar nama Cina juga. Macam-macam lah khabar angin. Sentimental tidak kena pada tempatnya.

Apa yang berlaku adalah CEO baru Protun berkenaan hendak menukar nama Proton di China sahaja. Waima sekarang pun nama Proton di sana adalah dikenali dan dipanggil sebagai 'Pu Teng'. Jenama kereta-kereta lain pun ada nama panggilan lain di sana. Lihat senarai di bawah.


Penukaran itu dibuat kerana 'Bao Teng' memberi maksud yang lebih elok berbanding panggilan sedia ada di sana. 'Pu Teng' bermaksud 'lonjakan ala kadar' manakala 'Bao Teng' pula bermaksud 'lonjakan berharga' atau 'lonjakan khazanah'

Jadi, rilekslah. Hanya di China, nama Proton akan dikenali sebagai 'Bao Teng'. Di luar China, nama Proton tetap Proton. Bukan Plotong! ProTun atau Sotong. Harap maklum.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :