Berikut ialah inti pati Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2018 hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan.
- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2018, dengan KDNK sebenar berkembang antara lima peratus dan 5.5 peratus (2017: 5.2 peratus dan 5.7 peratus), diterajui permintaan dalam negeri
- Perbelanjaan sektor swasta kekal cergas, berkembang 7.3 peratus (2017: 7.4 peratus) sejajar dengan jangkaan perbelanjaan berterusan dalam aktiviti penggunaan dan pelaburan swasta
- Penggunaan swasta meningkat 6.8 peratus (2017: 6.9 peratus), disokong oleh pendapatan tinggi dengan keadaan pasaran buruh yang stabil, pendapatan eksport yang lebih tinggi dan harga komoditi yang lebih kukuh.
- Pelaburan swasta dijangka berkembang 8.9 peratus, menyumbang 18.1 peratus kepada KDNK (2017: 9.3 peratus; 17.5 peratus)
- Pendapatan negara kasar (PNK) per kapita negara akan meningkat 5.1 peratus kepada RM42,777 pada 2018 (2017: RM40,713)
- Inflasi kekal rendah antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus; ekonomi terus beroperasi dengan pekerjaan penuh.
- Perbelanjaan sektor awam dijangka merosot 0.4 peratus, sejajar dengan perbelanjaan modal yang lebih rendah oleh syarikat awam pada 2018.
- Penggunaan awam akan meningkat sedikit, sebanyak 1.3 peratus pada 2018 (2017: 2.7 peratus), selari dengan usaha kerajaan untuk melaksana dan merasionalkan perbelanjaan bukan kritikal.
- Tabungan negara kasar (TNK) dijangka meningkat 6.2 peratus kepada RM403.6 bilion, dengan sumbangan TNK kepada PNK kekal tinggi pada 28.7 peratus (2017: 9.5 peratus; RM380.2 bilion; 29.1 peratus).
- Lebihan tabungan-pelaburan kekal tinggi pada RM32.9 bilion (2017: RM32.3 bilion), menyediakan kecairan yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan modal.
- Kedudukan luaran Malaysia dijangka terus disokong oleh pertumbuhan dagangan global pada 2018.
- Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 5.8 peratus pada 2018, meningkatkan bahagiannya kepada 54.8 peratus kepada KDNK (2017: 5.9 peratus; 54.5 peratus).
- Semua subsektor dijangka terus berkembang pada 2018, dengan sektor perkilangan dijangka meningkat 5.3 peratus (2017: 5.5 peratus).
- Sektor pertanian dijangka meningkat 2.4 peratus pada 2018 (2017: 5.6 peratus), disumbang oleh subsektor komoditi dan bukan komoditi.
- Pengeluaran minyak sawit mentah dianggarkan meningkat 2.5 peratus kepada 20.5 juta tan metrik (2017: 15.5 peratus, 20 juta).
- Industri pembinaan diunjur berkembang pada kadar 7.5 peratus (2017: 7.6 peratus), disokong oleh projek infrastruktur yang berterusan.
- Eksport kasar dijangka berkembang 3.4 peratus kepada RM948.7 bilion pada 2018 (2017: RM917.5 bilion), diterajui oleh permintaan berterusan ke atas produk elektrik dan elektronik serta komoditi.
- Import kasar dijangka meningkat 3.5 peratus kepada RM851.7 bilion pada 2018 (2017: RM822.9 bilion), mencerminkan aktiviti pelaburan yang mantap.
- Defisit akaun perkhidmatan dijangka meningkat kepada RM22.7 bilion pada 2018 (2017: RM-18.8 bilion).
- Perdagangan borong dan runcit, makanan & minuman serta penginapan masing-masing meningkat 6.1 peratus dan 7.2 peratus (2017: 6.5 peratus: 7.6 peratus).
- Subsektor pengangkutan dan penyimpanan meningkat 5.8 peratus pada 2018 (2017: 6.2 peratus), terutama didorong oleh penambahan jumlah penumpang perkhidmatan kereta api.
- Subsektor kewangan dan insurans meningkat 4.4 peratus (2017: 4.2 peratus), didorong oleh aktiviti pembiayaan yang kukuh.
- Defisit fiskal dijangka terus merosot 2.8 peratus KDNK pada 2018 (2017: tiga peratus).
- Hutang Kerajaan Persekutuan kekal mampan dalam kedudukan had berhemat pada 55 peratus daripada KDNK pada 2018.
- Baki akaun semasa dijangka mencatat lebihan RM32.9 bilion atau 2.3 peratus PNK pada 2018 (2017: + RM32.3 bilion; 2.5 peratus).