Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah menyerang DS Najib Tun Razak sewaktu pembentangan bajet, maka fakta entah ke mana dan auta kebih utama.
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Ketua Armada, Syed Sajat Saddiq gigih membuat posting di laman sosial Twitter tentang peruntukan TVET yang kononnya Selangor memperuntukkan RM50 juta dan Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM4.5 juta.
Sebenarnya RM4.5 juta itu adalah hanya peruntukan biasiswa pelajar cemerlang TVET sahaja dan bukannya peruntukan keseluruhan untuk TVET. RM4.9 billion diperuntukkan untuk Pelan Induk TVET Malaysia.
Malu saya sebagai orang Selangor ada Menteri Besar serang Perdana Menteri dan Kerajaan tanpa menggunakan fakta. Dua-dua tidak boleh pakai. Memang sesuai jadi Keluarga 69.