TAK BAIK PAS MENOLAK HASRAT KERJASAMA UMNO, JADILAH PARTI YANG MENGENANG BUDI infomalay12.blogspot.com

Apabila Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa menyatakan Pas dan UMNO akan bekerjasama dalam pilihanraya akan datang kerana mendakwa mereka mempunyai DNA yang sama, ia tentulah disebabkan ada maksud tertentu dapat atau boleh dicapai melaluinya.

Yang paling mudah, jika kerjasama itu dibentuk, maksud yang boleh dicapai ialah UMNO mungkin lebih cerah untuk mengekalkan kuasanya di peringkat Pusat, manakala Pas barangkali akan beroleh beberapa negeri untuk ditadbir.

Selain itu, dengan UMNO sebagai parti yang memperjuangkan Melayu dan Pas mendakwa memperjuangkan Islam, bergabungnya mereka bukan saja memungkinkan kuasa dapat dipertahankan, malah skandal-skandal yang selama ini diperkatakan ramai pun boleh ditutup sama.

Bukankah itu sebenarnya baik, bukan saja untuk UMNO tetapi juga kepada Pas?
Skandal 1MDB dan skandal balak misalnya, mungkin antara yang boleh ditutup begitu saja jika UMNO dan Pas benar-benar bekerjasama dan seterusnya menang pilihanraya.

Jadi, mengapa Idris Ahmad yang mewakili Pas begitu cepat menolak kenyataan Annuar Musa itu?

Dengan Naib Presiden Pas itu menyanggah kenyataan Annuar Musa sambil mengingatkan agar jangan perasan kedua-dua parti mempunyai DNA yang sama, apakah Pas sebenarnya menolak kebaikan bersama yang boleh dicapai melalui kerjasama tersebut?

Lagi pun, bukankah musuh Pas adalah DAP, sama  seperti musuh UMNO juga, sudah tentu hanya dengan bekerjasama saja kekuatan berganda dapat diserlahkan untuk menghadapi musuh bersama itu.

Bagaimana untuk melawan DAP dan Pakatan Harapan yang kononnya dikuasai oleh DAP, malah ada pemimpin Pas juga berkata, mengundi Pakatan Harapan sama seperti mengundi DAP, jika Pas tidak sedia menjadi lebih kuat dan bergabung tenaga dengan UMNO?
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :