Permasalahan yang membelenggu negara pada hari ini perlu diselesaikan sekarang dan bukan perlu menunggu sehingga 20 tahun akan datang yang akhirnya segala bebanan 1MDB terpaksa dipikul oleh anak cucu kita.
1. Sekiranya apa yang diperkatakan oleh Najib Razak mengenai 1MDB itu dengan memberikan gambaran yang positif, saya mohon untuk dibahaskan di Parlimen secara ilmiah dan berfakta.
Mengapa perlu takut untuk dijawab dan dibahaskan di Parlimen?
Hakikatnya 1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia dengan modal sebanyak RM1 juta.
Oleh itu, kerajaan Umno BN tidak boleh mendakwa bahawa ini merupakan masalah syarikat biasa dan bukan masalah kerajaan.
3. Semua sudah sedia maklum sepertimana dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen (PAC) pada awal 2016 bahawa hutang 1MDB sudah melebihi RM50 bilion.
Satu per satu alasan dan helah dicari untuk menutup kegagalan 1MDB dan yang paling terbaru menyatakan 20 tahun akan datang baru menampakkann hasilnya.
4. 1MDB juga telah membeli tanah di Jalan Tun Razak untuk projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi.
Pembelian 70 ekar tanah di TRX pada harga RM320 juta iaitu RM64 per kaki persegi meskipun transaksi terakhir hartanah di kawasan itu adalah RM7000 per kaki persegi.
Terbaru sebuah entiti berkaitan kerajaan dikatakan telah membeli sebahagian daripada 70 ekar tanah di TRX, yang pada mulanya dijual kerajaan kepada 1MDB pada nilai yang rendah.
1MDB juga membeli 495 ekar tanah di bekas lapangan terbang Tentera Udara Sungai Besi (kini dikenali Bandar Malaysia) pada harga RM363.5 juta iaitu RM91 per kaki persegi. Jika mengikut harga pasaran, tanah itu lebih kurang RM1000 per kaki persegi. 1MDB membelinya berlipat kali ganda lebih murah dan mengakibatkan kerajaan telah kehilangan pendapatan lebih kurang RM20 billion.
Mengapa tubuhkan 1MDB? Mengapa tiada tindakan diambil ke atas 1MDB kerana memasukkan duit ke tempat yang tidak betul? Apa yang terjadi kepada penjualan bandar Malaysia?
Apa yang diperlukan kini ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa individu yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.