PH: Bajet Alternatif sebahagian manifesto PRU14 infomalay12.blogspot.com

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang juga ketua Jawatankuasa Bajet Alternatif PH menafikan belanjawan itu ialah bajet populis menjelang PRU14.
wan-azizah-pjKUALA LUMPUR: Bajet Alternatif 2018 ialah sebahagian manifesto ekonomi ditawarkan Pakatan Harapan kepada pengundi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Intipati utama belanjawan PH bertemakan “Belanja Berhemah, Potong Cukai, Pilih Harapan” yang diumumkan hari ini merangkumi beberapa isu menyentuh kos kehidupan rakyat seperti pemansuhan tol serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan digantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
PH turut mencadangkan cuti bersalin 120 hari, gaji setara antara pekerja wanita serta lelaki dan pendidikan awam percuma sehingga peringkat universiti.
Belanjawan itu turut mencadangkan kenaikan royalti minyak sehingga 20% bagi Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta dana pembangunan bernilai RM75 bilion untuk pembangunan di Timur Malaysia.
PH juga bertekad menghapuskan rasuah dan pembaziran yang dijangka mampu menyelamatkan dana awam sebanyak RM20 bilion. Penjimatan itu akan digunakan untuk meningkatkan pendapatan penjawat awam melalui anugerah kerja berintegriti, pemberian bonus dan insentif khas pada musim perayaan.
Ia juga menyentuh isu kepimpinan Felda dengan cadangan tiada campur tangan politik dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen yang juga ketua Jawatankuasa Bajet Alternatif PH menafikan belanjawan itu ialah bajet populis menjelang PRU14.
“Bajet ini realistik ini bukan bajet popular, bila kami menang PRU14 kami akan laksanakan. Ini bukan populis,” katanya pada sidang media di luar Dewan Rakyat.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :