Lebih 60 pertubuhan bidas pengharaman buku infomalay12.blogspot.com

 | October 9, 2017
Mereka bimbang usaha berterusan mengawal pemikiran untuk menutup minda rakyat Malaysia.
book-aktivisKUALA LUMPUR: Lebih 60 pertubuhan dan 150 individu mewakili pelbagai lapangan hari ini mengecam apa yang dipanggil siri tindakan keras terhadap intelektual sejak 2 minggu ini.

Individu dan kumpulan terdiri daripada NGO agama, hak asasi manusia, masyarakat sivil, persatuan pelajar dan organisasi aktivis lain, dalam kenyataan bersama pada sidang media hari ini, antara lain mengutuk penangkapan penulis Turki Mustafa Akyol, gangguan dan penganiayaan terhadap penganjur forum Akyol, Datuk Dr Ahmad Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front (IRF) dan pengharaman 22 judul termasuk karya Akyol, Dr Farouk, novelis Faisal Tehrani dan penceramah Wan Ji Wan Hussin.

Kumpulan itu membuat 4 tuntutan utama kepada kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa negeri yang berkaitan, antaranya:
  1. Mengakhiri semua bentuk gangguan, siasatan dan tuduhan terhadap Dr Farouk dan IRF termasuk tetamu intelektual sebelum ini dan akan datang;
  2. Menarik balik pengharaman buku yang mempromosikan wacana intelektual dan kesederhanaan;
  3. Menghapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan menggantikannya dengan undang-undang penerbitan yang mematuhi hak manusia;
  4. Menegakkan kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menamatkan semua tindakan terhadap ahli akademik.
Kenyataan bersama itu mempersoalkan syarat tauliah terhadap penceramah membincangkan topik berkaitan Islam, dan berkata ia adalah sesuatu yang lazimnya terpakai hanya ke atas pendakwah di masjid dan surau.
“Jadi, apakah wacana intelektual di universiti melibatkan Islam turut dikawal pihak berkuasa agama?” soal mereka.

“Apakah universiti perlu mendapatkan izin jabatan agama sebelum menjemput mana-mana penceramah mengenai topik yang berkaitan dengan Islam?”
Mereka berkata tindakan Jawi terhadap Akyol yang didakwa “mengajar tanpa tauliah” baru-baru ini, serta langkah Jawi menyoal siasat Dr Farouk kerana “bersubahat” dengan Akyol, merupakan ancaman terhadap kebebasan akademik dan kebebasan bersuara di Malaysia.
“Adakah birokrat agama sekarang merasakan mereka adalah polis untuk negara untuk menentukan apa kita boleh dan tidak boleh buat?” kata kenyataan itu.
Kumpulan itu juga mempersoalkan bagaimana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menentukan buku yang menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
“Bagaimanakah Zahid menentukan ‘Islam Without Extremes: A Muslim Case for Liberty’ dan terjemahannya ‘Islam Tanpa Keekstreman: Berhujah Untuk Kebebasan’ oleh Akyol, 2 jilid ‘Wacana Pemikiran Reformis’ yang disunting oleh Farouk, ‘Aku _, Maka Saya Ada’ oleh Faisal Tehrani dan ‘Ulamak yang Bukan Pewaris Nabi’ oleh Wan Ji membahayakan ketenteraman, moraliti, keselamatan, pendapat umum, kepentingan awam atau kepentingan negara?
“Adakah idea seperti kesederhanaan, pembaharuan dan kebebasan sekarang musuh negara?”
Kumpulan itu berkata mereka bimbang tindakan yang diambil terhadap Akyol, Dr Farouk dan pengharaman buku-buku itu bukan kes terpencil.
“Ia seolah-olah meningkat dengan serius dan berbahaya dalam proses kepatuhan pemikiran yang panjang dan berterusan untuk menutup minda rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.
“Sekiranya kita tidak bercakap mengenai Akyol, Dr Farouk, Faisal, Wan Ji dan yang lain-lain yang ingin disenyapkan oleh kerajaan, tidak lama lagi tidak akan ada sesiapa yang boleh bercakap untuk kita apabila kita disenyapkan.”
Antara yang menanda tangani kenyataan hari ini ialah Sisters in Islam, Aliran, Bersih 2.0, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam), Suaram, Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Pusat Komas, Himpunan Hijau, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Penyelidikan Untuk Kemajuan Sosial (Refsa). FMT

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :