KONTROVERSI projek banglo mini nampaknya semakin panas apabila pihak polis menerima dua lagi laporan daripada mangsa berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties.
Ini bermakna, sehingga kini jumlah laporan telah bertambah sebanyak 203 daripada hanya 201 yang diterima mereka sebelum ini melibatkan syarikat pemaju hartanah tersebut.
Susulan itu, perintah tahanan reman pelakon, Boy Iman atau Datuk Noruliman A. Rahman kini dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan mengenai perkara berkenaan.
Menurut Harian Metro, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam, Nurhidayah Abd Mutalib telah mengeluarkan perintah tersebut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan penipuan wang.
Dalam pada itu, terdapat tiga lagi pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 tahun hingga 45 tahun yang turut direman sama.
Ketiga-tiga mereka dilihat telah tiba di pekarangan mahkamah berkenaan dengan keadaan tangan bergari sambil diiringi oleh anggota polis sekitar pukul 10.15 pagi.
Difahamkan, meraka direman selama dua hari di bawah seksyen yang sama dengan Boy Iman.
Sebelum ini, Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada Isnin lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.
Kemudiannya, pelakon tersebut disambung reman pula selama dua hari pada Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.
Related Posts :
Kes 1MDB: Apa kata Shukri tentang bukti bagi penjarakan individu terlibat infomalay12.blogspot.comKes 1MDB: Apa kata Shukri tentang bukti bagi penjarakan individu terlibat: Bekas ketua pesuruhjaya SPRM itu ditanya jika siasatan SPRM dalam… Read More...
[Video Kes Najib - Sedunia penyokong Umno nangis] Walaun PAS RUPANYA, pemuda mohon maaf kepada Najib Rosmah! Kami mahu NEELOFA ganti LATHEEFA Koya & Kompommmm beruk2 meroyan tak bantah! Usah melalak, membawang, PM sudah buat keputusan. infomalay12.blogspot.comAhad, 9 Jun 2019
Walaun PAS kata slps setahun PH memerintah tiada satu pun tuduhan ke atas Najib & Rosmah yang berjaya dibongkarkan. T… Read More...
Setakat Syukri terajui SPRM, lihatlah berapa teruk negara kita sebelum ini di bawah bosskau Najib! Padan muka rakyat Kelantan, bagi lagi DAP memerintah negeri & Istiqomah bersama kepimpinan olamak! [Video Ex-MACC chief: Stop gossiping and give Latheefa Koya a chance] infomalay12.blogspot.comSabtu, 8 Jun 2019
Setakat syukri terajui SPRM. Lihatlah berapa teruk negara kita sebelum ini di bawah khalifah Najib Razak.
Pakatan Harapa… Read More...
Please sign to show support LK! Siasat semua pemimpin yang PANIK..04 JUNE PAS BANTAH LATEEFA KOYA, 06 JUNE PAS SOKONG LATEEFA KOYA! Tidak pelik lah kalau Pas bersikap demikian ]Video MENTERI DISERU INKLUSIF DENGAN YANG MEMERLUKAN] infomalay12.blogspot.comAhad, 9 Jun 2019
Jom Channel
Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pertanian… Read More...
HIPOKRIT PH TERHADAP MANIFESTO KIAN TERSERLAH infomalay12.blogspot.com
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulai, Muhammad Shaqib Bin Shahrilnizam melihat kenyataan Exco PPBM Armada Malaysia, Muazzammil Ismail, … Read More...