Kelantan terbela di bawah Najib infomalay12.blogspot.com

Perdana menteri berkata Kelantan telah menjadi mangsa dan dianaktirikan oleh kerajaan BN terdahulu selama berapa dekad dan beliau kini mengubah keadaan itu.
Kata Datuk Seri Najib Razak disebabkan Kelantan diperintah parti lain daripada BN rakyat di negeri itu menderita dengan pelbagai kekangan, termasuk bekalan air bersih dan sistem pengangkutan.
"Mengambil contoh Kelantan yang telah dianaktirikan dan disekat dana pembangunan serta tidak dinaikkan taraf infrastruktur air mereka selama beberapa dekad oleh seorang bekas pemimpin kerana ia diperintah oleh parti pembangkang.
"Bagi saya, ini tidak adil kerana air bersih adalah penting untuk kehidupan dan adalah hak semua rakyat Malaysia.
"Oleh itu, kita telah membantu Kelantan dengan perjanjian penstrukturan semula air tahun lepas yang akan menelan belanja lebih daripada RM1 bilion," katanya hari ini.
Najib mengeluarkan kenyataan itu melalui kemas kini terbaru blog beliau menjelang pembentangan belanjawan 2018 dijadual Jumaat ini.
Kerajaan DAP bermegah
Tidak menamakan bekas pemimpin yang dikecamnya itu - tetapi diyakini disasarkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad - Najib berkata rakyat Kelantan juga menderita akibat hubungan pengangkutan yang teruk.
Keadaan itu kata perdana menteri memaksa ramai orang dari negeri terbabit terpaksa berdepan dengan perjalanan kereta perlahan, sesak dan berbahaya.
Sebelum ini dakwa Najib aspek pengangkutan awam diabaikan oleh "salah seorang pemimpin dahulu".
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: