Himpunan 14 Oktober untuk fahamkan rakyat tentang skandal 1MDB kata Mohd Sabu infomalay12.blogspot.com


Parti AMANAH Negara (AMANAH) akan mengambil bahagian bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Himpunan Rakyat ‘Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi’ pada 14 Oktober ini untuk mendedahkan dakwaan penyelewengan 1MDB.
Presidennya Mohamad sabu berkata, tindakan Bank Negara Malaysia mendenda sejumlah RM115.8 juta ke atas 1MDB kerana gagal mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 membuktikan dakwaan salah guna kuasa dalam 1MDB benar-benar wujud.
Justeru katanya, rakyat perlu hadir ke himpunan tersebut bagi mendengar sendiri fakta-fakta mengenai penyelewengan dalam 1MDB daripada beberapa pakar dan tokoh yang berkenaan.
“AMANAH menyokong sepenuhnya pendirian PH untuk membuat himpunan pada 14 Oktober di samping selepas itu laporan polis dan aktiviti yang lain untuk memberitahu rakyat tentang isu 1MBD adalah nyata, penyelewengannya adalah nyata, salah guna wangnya adalah nyata kesemuanya itu dilakukan ketika 1MDB dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri.
“Oleh itu AMANAH mengambil pendirian serius bersama PH dan NGO lain untuk terus bersama membongkar penyelewengan 1MDB khasnya ia telah dibuktikan secara hitam putih oleh Bank Negara Malaysia.
“Himpunan 14 oktober ini AMANAH mengerahkan seramai mungkin rakyat untuk datang supaya Selamatkan Malaysia Hapuskan Kleptkrasi tentang penyelewengan yang berlaku akan lebih dirasai dan difahami,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH Negara hari ini.
Himpunan yang akan diketuai oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad itu akan diadakan di Petaling Jaya dan turut mempunyai pelbagai acara lain seperti ceramah, persembahan kebudayaan dan lain-lain.
Sementara itu Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata, parti itu telah mengeluarkan surat arahan kepada ahli AMANAH khususnya di sekitar Lembah Kelang untuk turun ke himpunan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :