GURU-GURU KINI BEBAS AKTIF DALAM MANA-MANA PARTI POLITIK infomalay12.blogspot.com

Susulan ajakan terbuka oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor kepada guru-guru agar mereka aktif dan memegang jawatan penting dalam UMNO dan perkara itu kemudiannya disambut positif oleh Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa, para pendidik seharusnya boleh menarik nafas lega mulai sekarang.

Mengulas tentang satu program yang jelas memaparkan bendera dan nyanyian lagu UMNO di sebuah sekolah di Putrajaya dan Tengku Adnan dalam ucapannya pula mengajak guru-guru agar kembali memegang jawatan penting dalam parti itu, Ali Hamsa berkata, beliau tidak ada masalah dengan guru-guru yang ingin menyertai UMNO.

Saya tiada masalah dalam hal itu, katanya tanpa mengulas lebih lanjut.

Prinsip dan falsafahnya mudah saja, kalau guru-guru sudah dibenarkan semula untuk aktif dan memegang jawatan penting dalam UMNO, bermakna mereka juga turut boleh untuk aktif dan memegang jawatan penting dalam lain-lain parti.

Tentulah tidak munasabah, malah suatu kezaliman jika hanya dalam UMNO saja guru-guru dibenarkan aktif dan memegang jawatan, tetapi tidak boleh berbuat perkara yang sama dalam parti-parti yang lain.

Cuma, tentulah tidak mungkin Ketua Setiausaha Negara secara terbuka mahu mengatakan guru-guru juga bebas menyertai parti-parti lain selain UMNO, tetapi kenyataan beliau itu tidaklah terlalu sukar untuk difahami maksud tersiratnya.

Hakikatnya, kedudukan semua parti adalah sama saja. Hari ini UMNO jadi kerajaan, esok lusa mungkin parti lain pula menggantinya. UMNO yang hari ini jadi kerajaan, bila-bila masa boleh bertukar menjadi pembangkang.

Itulah prinsip sebuah kerajaan demokrasi yang memberi hak kepada rakyat membuat pilihan setiap lima tahun sekali. Namun, guru-guru sebagai kakitangan kerajaan, siapa pun yang memerintah dan memegang kuasa, kedudukan mereka tidak akan berubah.

Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :