Pada 14 Oktober 2017 nelayan seluruh negara di kumpulkan kerajaan di Kerteh, Terengganu untuk program Gelombang Nelayan Nasional – (GNN).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir, program GNN yang berlangsung selama 3 hari diadakan di lokasi ikonik .
Saya berpendapat Kerteh bandar minyak bukanlah lokasi yang ikonik, tetapi sebenarnya lokasi ‘ironic’, kerana Kerteh adalah pusat untuk orang minyak dan gas yang kaya raya sementara nelayan masih di tahap miskin tegar dengan pendapatan nelayan kita masih serendah RM400 sebulan.
Ini adalah penemuan dari kajian Universiti Malaysia Terengganu dan juga Khazanah Nasional.
Situasi status kewangan pengusaha industri minyak dan nelayan bolehlah dikatakan keadaan jauh perbezaan cara hidup seperti di antara dua darjat.
Begitulah ironinya situasi nelayan yang berkumpul di Kerteh untuk program GNN yang berlangsung untuk 3 hari dengan kos RM2juta.
Ironinya lagi, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Shabeery Cheek, yang berasal dari Kemaman, telah mengecewakan nelayan Terengganu.
Bagi penggal ke-13 Parlimen ini saya telah membawa wakil nelayan nelayan ke Parlimen setiap tahun untuk berjumpa Menteri Pertanian.
Tetapi pada tahun ini wakil nelayan tidak mahu lagi ke Parlimen kerana mereka menyatakan Menteri- menteri hanya mengecewakan rungutan dan permintaan mereka selama ini.
Mereka selama ini meminta kawalan perairan kita yang baik oleh pihak berkuasa tetapi kerajaan telah gagal memberi keperluan asas ini.
Program 3 hari yang memakan belanja RM2juta itu lebih merupakan pesta untuk komuniti nelayan. Lengkap dengan beratus bot dan perahu serta siap dengan pertunjukan kapal terbang jet bersama dengan sukan rakyat.
Ini adalah program RM2 juta untuk membuat nelayan lupa untuk seketika akan kesengsaraan hidup mereka. Masalah-masalah yang mereka alami seperti tersenarai di bawah paras kemiskinan masih juga tidak ditangani dengan berkesan:-
a) Pencerobohan kawasan perairan nelayan tempatan oleh bot laut dalam asing.
b)Kecurian ikan dengan peralatan yang diharamkan oleh nelayan asing yang juga merosakan perangkap ikan mereka dengan kerugian beribu ringgit.
c) Kecurian ikan ditengah laut oleh nelayan asing dan salah guna bot kargo. Timbalan Perdana Menteri sendiri mengakui kehilangan hasil laut sebanyak 980,000 tan metrik bernilai diantara RM3 billion hingga RM6 billion setahun.
d) Pengawasan pihak berkuasa yang amat lemah kerana tidak ada peruntukan minyak ronda yg mengcukupi dengan bot ronda usang mereka yang baru baru ini 2 buah telah terbakar di Setiawan.
e) Tindakan dan hukuman yang lemah ke atas nelayan asing yang di lindungi oleh orang atasan kenamaan tertentu.
Read More / Baca Lagi >>