Bajet Kleptokrasi: Najib bergantung kepada cukai, tiada pembaharuan infomalay12.blogspot.com

Tony Pua berkata, Walaupun hasil kutipan GST tinggi, wujud kebergantungan berlebihan terhadap cukai pendapatan dan korporat dalam Bajet 2018.
tony-pua_najib_bajet_600
Tony Pua berkata, Bajet 2018 yang diumumkan perdana menteri hari ini tidak mempunyai pembaharuan bermakna dari segi dasar ekonomi dan langkah menamatkan rasuah serta pembaziran, sebaliknya beban itu ditolak kepada rakyat.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, matlamat itu dicapai menerusi kutipan cukai, ketika Datuk Seri Najib Razak mengumumkan defisit fiskal negara diunjurkan berkurangan kepada 2.8% berbanding anggaran 3% tahun ini.
“Walaupun pendapatan kerajaan meningkat secara mendadak disebabkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tiada penangguhan untuk pembayar cukai pendapatan individu dan korporat.
“Rakyat biasa dipaksa menanggung sumbangan kenaikan cukai lebih tinggi, sama ada melalui GST, cukai pendapatan individu atau korporat,” katanya dalam analisisnya mengenai Bajet 2018 yang diumumkan Najib di Dewan Rakyat hari ini.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu turut menyasarkan kenaikan perbelanjaan mengurus, membandingkan kadar pertumbuhan dalam Bajet 2018 dengan beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kerajaan bergantung hampir sepenuhnya kepada kenaikan cukai bagi mengimbangi perbelanjaannya, berbanding membasmi rasuah, mengurangkan pembaziran dan kos kerajaan.
“Secara keseluruhannya, ini digambarkan dengan peningkatan ketara dalam perbelanjaan mengurus yang dijangka bertambah RM14.4 bilion kepada RM234.3 bilion pada 2018.
“Kenaikan itu hanya RM9.7 bilion atau 4.6% pada 2017, manakala perbelanjaan mengurus pada 2016 sebenarnya berkurangan sebanyak 3.1%.”
Pua berkata, berdasarkan kadar yang dicadangkan dalam Bajet 2018, perbelanjaan mengurus berbanding perbelanjaan keseluruhan akan meningkat kepada 83.6%, yang menurutnya tertinggi dalam sejarah belanjawan Malaysia.
“Ini membuktikan pentadbiran Najib tidak serius melaksanakan dasar berbelanja secara berhemat.”
Hari ini, Najib mengumumkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2% bagi banjaran pendapatan bercukai sehingga RM70,000.
Bagaimanapun, Pua berkata, kutipan cukai pendapatan individu bagi 2018 dijangka meningkat sebanyak 7.1% kepada RM32.3 bilion.
“Itu dibandingkan sumbangan cukai pendapatan individu yang meningkat sebanyak 9.2% kepada RM30.1 bilion tahun ini.
“Ia membuktikan ketidakpuasan hati meluas terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menggunakan taktik keras dalam memaksa sumbangan cukai lebih tinggi daripada individu dan perniagaan.
“Ada yang menyifatkan taktik LHDN sebagai ‘keganasan cukai’ dengan menuntut, tanpa memberi sebarang ruang berunding, cukai tertunggak sehingga 10 tahun,” kata Pua merujuk unjuran kenaikan cukai pendapatan korporat sebanyak 6.9% kepada RM72.5 bilion bagi untuk 2018.
Beliau mempertikaikan kenaikan kutipan cukai pendapatan individu dan korporat itu lebih tinggal daripada kadar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4 hingga 5%.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :