Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad melahirkan rasa yang amat kecewa terhadap kandungan pembentangan Bajet 2018 yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Jumaat lalu.
“Saya amat kecewa dengan pembentangan bajet Kerajaan Persekutuan yang dibuat oleh Najib Razak,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam, mengulas bajet berkenaan.
Katanya, berbeza dengan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan, Najib tidak langsung berusaha untuk memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi.
“Pakatan Harapan akan memastikan pendidikan percuma dalam masa 10 tahun pentadbiran, sebaliknya Perdana Menteri hendak menghabiskan jutaan ringgit untuk mengejar ranking universiti tanpa menghiraukan isu-isu asas berkenaan kebebasan akademik dan akses pendidikan.
“Beliau juga langsung tidak berbuat apa-apa untuk menangani isu perumahan yang semakin tidak mampu dimiliki rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda. Saya tidak menjumpai penyelesaian kepada masalah ini dalam bajet tersebut, sedangkan anak muda terus bersusah payah berkerja dan hanya mampu menyewa rumah,” kata beliau.
Menurut Nik Nazmi, walaupun bantuan yang dihulurkan kepada perniagaan ‘startup’ adalah dialu-alukan, tapi ia mengaburi kegagalan kerajaan untuk menghasilkan pekerjaan dengan gaji yang sepadan untuk terus bertahan hidup dalam dunia globalisasi dan automasi pada hari ini.
“Saya menggesa setiap rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda, untuk membaca Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan, dan membuat penilaian sendiri yang manakah mempunyai wawasan yang lebih adil dan mampan demi kesejahteraan negara,” katanya.
Related Posts :
[Video Shafie Apdal: Gandingan TERBAIK Semenanjung dgn Sabah Menumbangkan UmnoBN & PH Sedia Lakukan Perubahan Tolak UmnoBN] Hanya Dr Mahathir mampu selesaikan krisis hutang negara, kata Shafie. infomalay12.blogspot.comAhad, 14 Januari 2018
Hanya Dr Mahathir mampu selesaikan krisis hutang negara, kata Shafie
Presiden Parti Warisan Shafie Apdal bergamba… Read More...
[Video Warisan, PPBM, Amanah, PKR & DAP bersedia MENUMBANGKAN UmnoBN] Umno mesti buktikan NIATBAIK kerjasama dengan Pas...Lantiklah Hadi sebagai TPM II. infomalay12.blogspot.comAhad, 14 Januari 2018
SEKURANG KURANGNYA UMNO MESTI BUKTIKAN NIATBAIK KERJASAMA DENGAN PAS...
Atas kertas atau turun padang umno l… Read More...
[Video Tun M komen pasal projek Malaysia China Komunis Kuantan Industrial Park] Tahun Baru Cina disambut tanpa imej anjing. infomalay12.blogspot.comAhad, 14 Januari 2018
Tahun Baru Cina disambut tanpa imej anjing
Kebanyakan pusat beli belah mengambil langkah berhati-hati agar tidak me… Read More...
[Video Cara Tun Mahathir Nak Selamatkan Ekonomi Malaysia] Kenyataan Nur Jazlan bukti Umno-BN semakin tercabar. infomalay12.blogspot.comAhad, 14 Januari 2018
Kenyataan Nur Jazlan bukti Umno-BN semakin tercabar
Kenyataan terdesak yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri … Read More...
[Video Tiada Lagi Undi Untuk Umno BN atau Pas dalam PRU14] Jadilah Bijak Dari Sekarang! 40 ATAU 04? Nak jadi apa Pas dengan 4 kerusi itu? infomalay12.blogspot.comIsnin, 15 Januari 2018
40 kerusi petanda awal kerjasama PAS-BN?
PAS lahir dari perut UMNO perangai cam UMNO sekarang... ?
Posted… Read More...