Amanah lulus usul bawa 3 RUU persendirian ke Parlimen infomalay12.blogspot.com

Tiga RUU persendirian yang dimaksudkan itu adalah RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama, RUU Kesaksamaan dan RUU Suruhanjaya Keharmonian Nasional.
Mujahid-Yusof-amanahALOR SETAR: Amanah hari ini meluluskan usul bagi mengemukakan 3 rang undang-undang (RUU) persendirin di parlimen bagi menangani isu prejudis, rasisme dan keharmonian kaum.
Tiga RUU berkenaan merupakan RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama, RUU Kesaksamaan dan RUU Suruhanjaya Keharmonian Nasional.
Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, 3 RUU berkenaan diusulkan kerana beberapa insiden dan tindakan pihak tertentu menggunakan politik perkauman dan dogma agama sempit serta radikalisasi kaum dan agama bagi mengancam hubungan di kalangan rakyat.
“Dengan ketiga-tiga RUU ini, pihak yang menimbulkan kebencian agama dan kaum boleh dianggap telah melakukan jenayah.
“Pada waktu yang sama Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan diberikan kesegaran baharu manakala segala masalah cetusan kaum dan agama diharapkan dapat ditangani secara proaktif agar tidak merebak,” kat beliau pada Konvensyen Nasional Amanah 2017 di sini hari ini.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, walaupun RUU berkenaan dicadangkan, konsep kebebasan bersuara tetap terpelihara selagi ia tidak digunakan untuk memporakperandakan keharmonian nasional dan perpaduan.
Usul yang dibawakan Mujahid itu kemudiannya disokong oleh wakil Amanah Tanjung Malim Aminuddin Zulkipli yang menyatakan cadangan undang-undang itu sebagai antidiskriminasi.
Menurutnya, cadangan berkenaan itu tidak seperti seperti usul pindaan dalam Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 yang dibawakan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Tidak sama dengan usul dikemukakan Marang. Ini satu peluang keemasan kepada Amanah untuk membuktikan sebelum menjadi kerajaan, kita juga pandai membuat undang-undang,” katanya.
Beliau bagaimanapun memberitahu cadangan ketiga-tiga RUU itu seharusnya tidak mengulangi apa yang berlaku pada sebahagian daripada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang kemudiannya dipinda.
Selain Tanjung Malim, wakil Amanah Kuala Selangor, Pushpa Nagiah Vengdesa turut menyokong 3 RUU berkenaan.
Menurutnya, ia menyerlahkan parti itu sebagai parti Rahmatan Lil Alamin.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :