SEMBILAN daripada 10 rakyat Malaysia di kawasan bandar seperti Lembah Klang, Johor Bahru dan George Town menjangkakan kos sara hidup lebih tinggi (92%), lebih kepadatan populasi (85%) dan semakin banyak bandar tidak terancang (82%) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Lebih separuh daripada mereka berkata hidup hanya sekadar boleh diterima atau tidak gembira, menurut dapatan kaji selidik atas talian.

Kaji selidik selama sebulan dikendalikan TheEdgeProperty.com-Lafarge, Kegambiran dalam Indeks Bandar 2017 itu mendapati 43% responden berkata hidup di kawasan bandar hanya di tahap boleh diterima sementara 10% lagi berkata mereka tidak gembira.
Baki 48% berkata mereka sama ada sangat gembira (18%) atau gembira (30%).
Kaji selidik atas talian itu merekodkan input daripada 1,786 penduduk dari Lembah Klang 1,273), Pulau Pinang (321) dan Johor Bahru (202). Menurut data Bank Dunia, lebih 75% populasi Malaysia tinggal di kawasan bandar.
Kaji selidik itu mendapati mereka yang tinggal di Pulau Pinang (77%) paling gembira diikuti Johor Bahru (61%) dan Lembah Klang (49%).
Penduduk Lembah Klang berkata mereka suka ibu kota itu untuk aktiviti hiburan (77%), kebolehcapaian (74%) dan peluang pekerjaan (74%).
Penduduk di Pulau Pinang sukakan George Town kerana aktiviti hiburannya (69%) dan kepentingan sejarah (64%) sementara mereka di Johor Bahru suka suasana mesra keluarga (62%) dan kebolehcapaian (59%).
Semua warga kota bersetuju yang isu penting dalam kualiti kehidupan dan kesejahteraan peribadi menjadi keutamaan mereka.
Kaji selidik itu mendapati kos sara hidup (82%), keselamatan (77%) dan pencemaran (61%) adalah kebimbangan utama mereka.
Kira-kira separuh daripada responden di Pulau Pinang dan Johor Baru turut menjangkakan bandar yang lebih hijau dan indah.
Ketika ditanya mengenai ciri bandar yang boleh didiami, responden berkata sistem pengangkutan integrasi paling penting, dengan pendapatan tinggi dan peluang pekerjaan.
Responden di Lembah Klang juga mahukan perumahan lebih berkualiti sementara penduduk Pulau Pinang dan Johor Baru berkata mesra alam sekitar adalah ciri tambahan penting untuk bandar yang mereka ingini.
Kaji selidik itu diadakan pada 28 April hingga 28 Mei pada tahun ini dan ia sebahagian daripada kempen Kegembiraan Malaysia di Bandar Lafarge untuk pembangunan mapan.
Related Posts :
Bila Lagi Lembaga Pengarah Khazanah mahu LETAK JAWATAN infomalay12.blogspot.com
Jika 9 Pengarah Khazanah Nasional ada maruah & harga diri, silalah letak jawatan sebelum Kerajaan mengambil tindakan memecat kesemua 9… Read More...
[Video Tak Pelik Bayar Hutang, Yang Pelik Buat Hutang Melampau] Tabung Harapan - 'Sultan Melaka' mula bersuara & Komen Dr Maza Buat Ramai Pembangkang (Pas/UmnoBN) Terus SENTAP. infomalay12.blogspot.comKhamis, 31 Mei 2018
Ambo (saya) pun suka tidak boleh perintah Malaysia lagi. Sebab hutang banyak, nak bayar macam mana - Mstar. … Read More...
[Video Najib mengaku jadi penganggur] Pembelian Set Tren RM5.7 Bilion Dari China era Najib Umno BN dibuat Tanpa Tender Terbuka! 'Rayuan ketakutan dari Ladang Sawit' JAMAL TAK HADAM BAHASA MAHATHIR! infomalay12.blogspot.com
… Read More...
[Video LIVE: Sidang media Menteri Kewangan Lim Guan Eng di MOF] Tabung Harapan Malaysia-Setakat 3.00pm, jumlah terkumpul RM7,075,508.79 & Belum sebulan hilang kuasa, KENAPA UMNO SUDAH JADI PAPA KEDANA? infomalay12.blogspot.comKhamis, 31 Mei 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 1 jam ·
Jika rakyat Malaysia rasa sayang & … Read More...
Pulau Pinang potong gaji Exco, salur kepada Tabung Harapan Malaysia infomalay12.blogspot.com
KON YEOW: Nilai yang dipotong itu akan disalur terus ke dalam Tabung Harapan Malaysia yang diperkenalkan di peringkat Kerajaan Pusat
… Read More...