Kalau namanya pembangkang, apa sahaja yang Kerajaan buat pastinya hendak dibangkang. Terbaru, apabila Jabatan Pendaftaran Negara bercadang untuk mengenakan denda RM1,000 sekiranya seseorang anak yang baru lahir gagal didaftarkan dalam masa 60 hari.
Ahli Parlinen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang lebih dikenali sebagai Mak Lampir di media sosial tampil membangkang kononnya ini membebankan dan menyusahkan Rakyat yang miskin.
Pertama, denda yang dikenakan bukan untuk mengutip hasil Kerajaan dan bukan juga untuk membebankan Rakyat, sebaliknya untuk mendisiplinkan Rakyat agar tidak leka untuk mendaftar kelahiran anak mereka.
Kita faham, zaman Mak Lampir dilahirkan di Indonesia berpuluh tahun dahulu mungkin berbeza dengan zaman sekarang. Sekarang, proses pendaftaran amat mudah dan cepat. Jabatan Pendaftaran Negara juga dibuka 7 hari seminggu.
Kedua, tempoh 60 hari sudah cukup untul mana-mana pasangan untuk mendaftarkan anak. Kita faham ibu-ibu di dalam pantang tidak dapat keluar untuk mendaftarkan anak. Itupun untuk tempoh 40 hari kurang lebih.
Bagaimana pula dengan si Ayah. Adakah Ayah terlalu sibuk selama 60 hari sehingga tidak mampu meluangkan beberapa jam untuk mendaftarka anak? Atau adakah si Ayah terlalu gatal mencari wanita lain semasa si inu dalam pantang sehingga leka mendaftarkan anak?
Kesimpulannya, diharap Mak Lampir dapat mencari isu lain yang lebih mantap untuk membelasah Kerajaan untuk kekal relevan dalam politik tanahair.