1MDB anggap rakyat Malaysia bodoh infomalay12.blogspot.com

DANA pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengakui yang ia diselamatkan menggunakan wang pembayar cukai, kata Tony Pua ketika pertikaian tentang masa depan syarikat sarat hutang itu semakin memuncak.
Pua yang juga merupakan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mengulas kenyataan syarikat itu yang ditujukan kepadanya semalam apabila 1MDB mendakwa ia akan “menerima bayaran dalam tempoh tertentu” bagi pemindahan aset kepada kerajaan.
Aset-aset itu seperti projek Bandar Malaysia dibebani dengan hutang besar seperti bon sukuk RM2.4 bilion yang dipindahkan kepada Kementerian Kewangan (MoF), dakwa Pua.
1MDB menyerahkan projek hartanah gergasi ini kepada MoF selepas perjanjian pembangunan bernilai RM7.41 bilion tidak termeterai, katanya.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak mengesyorkan bon sukuk untuk dipindahkan kepada kerajaan kerana ia tidak dibelanjakan untuk Bandar Malaysia, kata Pua yang merupakan ahli PAC.
“Bagaimanapun, yang lebih mengejutkan, seperti yang diakui secara terang-terangan buat pertama kali oleh 1MDB dalam kenyataannya untuk mengecam saya, adalah 1MDB menjangkakan untuk 'menerima bayaran dalam tempoh tertentu' daripada Mof untuk pemindahan aset yang dibebani hutang itu.”
“Dalam bahasa mudah, ia bermaksud bukan sahaja pembayar cukai terpaksa menanggung hutang 1MDB, kita dengan bodohnya terpaksa pula membayar 1MDB untuk menanggung hutang itu!” kata Pua dalam satu kenyataan.
Beliau juga mendakwa yang Kementerian Kewangan secara langsung atau tidak langsung menyelamatkan 1MDB dalam pertikaian hutangnya dengan dana pelaburan asing Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Pada Ogos lalu, 1MDB membayar IPIC sejumlah AS$600 juta (RM2.5 bilion) sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian pertikaian.
Dalam kenyataan yang ditujukan kepada Pua semalam, 1MDB yang menjadi tumpuan siasatan penggubahan wang haram dan penipuan seluruh dunia mengatakan syarikat itu hampir mencapai “keseimbangan untung rugi” dalam pelaburan tenaganya dan ia bukanlah “tin kosong”.
1MDB juga mengatakan ia mempunyai lebihan RM3 bilion yang dijana dalam tempoh tertentu selepas penjualan TRX, Bandar Malaysia serta tanah di Pulau Indah dan Air Itam.
“Mempertimbangan pemindahan, antara lainnya, TRX, Bandar Malaysia, tanah di Pulau Indah dan Air Itam (kepada Kementerian Kewangan), 1MDB akan menerima bayaran dalam masa tertentu.”
Bayaran ini yang akan digunakan untuk membayar tanggungjawab faedah dan pokok hutang semasa 1MDB, kata syarikat itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :