Malah, kenyataan 1MDB yang mengatakan bahawa sebahagian besar dividen tersebut digunakan untuk membayar hutang pengambilalihan itu juga disifatkan sebagai mengarut.
“Apabila saya semak penyata kewangan anak syarikat tenaga 1MDB, tidak ada satu tahun di mana mereka mengumumkan dividen kepada 1MDB.
“Ini bermakna dividen yang diperkatakan 1MDB adalah mengarut,” katanya yang juga dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan 1MDB semalam yang mendakwa bahawa syarikat itu kononnya mencapai ‘pulangan balik’ pelaburan tenaganya.
Anak syarikat tenaga 1MDB, Edra dijual kepada CGN dengan nilai RM9.82 bilion pada 2015.
Sebelum ini, Edra membeli aset jana kuasa di Malaysia, Mesir, Pakistan, dan Arab Bersatu dan Bangadesh antara 2012 dan 2013, dengan harga sekitar RM12 bilion.