Wanita PH sokong, akan turun ke himpunan bantah politik toksik infomalay12.blogspot.com


Wanita Harapan sokong himpunan politik toksik
Wanita Pakatan Harapan (Wanita Harapan) menyokong dan akan bersama dalam Himpunan Aman "Wanita Bantah Politik Toksik" anjuran sekumpulan aktivis wanita berpengaruh yang menggelarkan diri mereka Wanita-Wanita Malaysia Prihatin.
Himpunan itu akan diadakan pada 10 September ini di Kuala Lumpur untuk menyatakan penolakan terhadap politik toksik.
"Wanita Harapan percaya bahawa usaha yang baik ini merupakan satu mesej jelas yang dilontar oleh entiti wanita Malaysia bahawa kita menolak apa jua wajah, gaya dan cara politik bangkrap nilai yang kini semakin parah menyelubungi negara," kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Kenyataan itu atas nama Ketua Wanita Harapan Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR; Timbalan-timbalan Ketua Wanita, Chong Eng yang juga Ketua Wanita DAP; Ketua Wanita AMANAH Dr Siti Mariah Mahmud; dan Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rina Mohd Harun.

Menurut mereka, usaha memerangi politik toksik khususnya oleh kalangan wanita yang tugas hakikinya sebagai pendidik dan membangunkan manusia adalah satu tindakan tepat dan bertanggungjawab.
Usaha ini bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat bahkan penting dan sangat relevan dalam memastikan penyediaan sebuah negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Walau bagaimanapun, kata mereka, perjuangan ini bukan hanya terletak di atas bahu wanita sahajatetapi semua rakyat Malaysia, lelaki dan wanita, daripada pelbagai kaum, agama serta latar belakang politik yang berbeza harus bersama, berganding tenaga membantah sekaligus memerangi politik toksik.
"Toksik adalah fenomena beracun yang sangat berbahaya kepada kesihatan bahkan upaya mengundang kematian.
"Ia boleh merebak ke setiap ruang sama ada pada diri individu, masyarakat sekaligus seluruh tanahair yang kita cintai ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: