Video Wanita Mengamuk Selepas Kantoi Khalwat Dalam Kereta. infomalay12.blogspot.com

Indonesia - Seorang wanita mengamuk selepas dia telah ditangkap ketika sedang asyik memadu asmara di dalam sebuah kereta bersama kekasihnya.

Video yang menunjukkan reaksi seorang wanita yang ditangkap khalwat telah menjadi tular di media sosial selepas wanita tersebut dikatakan mengamuk selepas dia kantoi melakukan perbuatan terkutuk bersama kekasihnya.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Palembang, Indonesia.

Melalui video yang berdurasi 29 saat tersebut jelas menunjukkan wanita tersebut memberontak dengan cara menjerit-jerit ketika orang ramai memintanya supaya keluar daripada kereta selepas perbuatan terkutuknya terbongkar.

Wanita tersebut dikatakan merupakan seorang mahasisiwi di sebuah kolej terkemuka di Palembang manakala kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan tempat letak kereta kolej berkenaan.

Video tersebut menunjukkan wanita tersebut bertindak menjerit-jerit sambil menutup mukanya dengan menggunakan baju ketika dipaksa keluar daripada kereta oleh orang ramai.

Namun begitu, teman lelaki wanita tersebut tidak kelihatan didalam video tersebut dan hanya kelihatan wanita tersebut yang menyembunyikan wajahnya kerana dikatakan malu selepas perbuatan terkutuknya itu terbongkar.

Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan kedua-duanya sudah ditahan dengan bantuan orang ramai.

Sebagai seorang wanita dan juga pelajar universiti, wanita tersebut seharusnya lebih bijak dalam melakukan sesuatu perkara. – MYNEWSHUB.CC

Subscribe to receive free email updates: