 |
Kredit Gambar Free Malaysia Today |
PUTRAJAYA: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1988 hingga 1994 bermula tepat jam 9 pagi tadi dengan kenyataan yang diberikan oleh saksi ke-22, Datuk Othman Jusoh.
Beliau yang merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Kewangan pada ketika itu berkata beliau tidak terlibat dalam memantau operasi BNM.
Sebaliknya, Othman memberitahu beliau hanya menyediakan penyata kewangan tahunan atau akta melibatkan BNM.
Namun, apa yang menjadi fokus hari ini adalah kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang dijadual memberi keterangan masing-masing.
Prosiding yang diadakan secara terbuka kepada orang ramai itu dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Mohd Sidek yang juga Pengerusi Petronas, dibantu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan, pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) Tan Sri Saw Choo Boon dan anggota Institut Akauntan Malaysia K. Puspanathan. Sumber Berita: Astro AWANI
Related Posts :
Kedai Sukan Dibuka Di Pokok Sena Kawasan Ahli Parlimen Rahmatan Lil Alamin infomalay12.blogspot.com
Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan Sport Toto untuk memindahkan kedai sukan mereka di Alor Setar ke Parlimen Mahfuz Omar,… Read More...
Tun Dr Mahathir Belanja RM14 Juta Setahun, DS Najib Belanja RM8 Juta Setahun, Apa Hasilnya? infomalay12.blogspot.com
Kos lawatan luar negara DS Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Perdana Menteri adalah RM8juta setahun.
Hasilnya,
Tahun 2016, DS Na… Read More...
Peralihan kuasa PM: Tun M, Anwar perlu bincang tarikh infomalay12.blogspot.comPeralihan kuasa PM: Tun M, Anwar perlu bincang tarikh: KUALA LUMPUR – Polemik peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Moham… Read More...
PELIK BILA AZMIN TERPEDAYA DENGAN PAS DAN UMNO infomalay12.blogspot.com
Semua tahu, sebelum PRU14 sewaktu PH menamakan Tun M sebagai PM sekiranya PH ke Putrajaya, berbagai kenyataan dari Pas dan Umno yang mem… Read More...
Pak Menteri Bengong, Nak Tubuh Unit Polis Pelancong Yang Sudah Ditubuhkan Sejak 1985! infomalay12.blogspot.com
Wahai Menteri Mohamaddin Ketapi,
Unit Polis Pelancong di Malaysia telah ditubuhkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sejak tahun 19… Read More...