Tiada kudeta di Selangor, kata ADUN PKR dan PAS infomalay12.blogspot.com

Sejumlah wakil rakyat PKR dan PAS Selangor hari ini menafikan dakwaan ada di kalangan mereka yang akan meninggalkan parti bagi menyertai Umno, sekaligus mencetus 'rampasan kuasa' seperti yang berlaku di Perak pada 2009.
Ia dikatakan cuba dilakukan pada sidang media oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam, yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama parti itu.
Exco kerajaan Selangor Amirudin Shari berkata, khabar angin itu sengaja ditimbulkan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap sidang media yang menurutnya menjadi bahan sindiran.
“Spekulasi ini semua hanyalah cerita untuk mengalih perhatian rakyat atas sidang media Ahad lalu yang menjadi bahan ketawa seluruh negara,” kata anggota dewan undangan negeri (ADUN) dari PKR itu, seperti dipetik media rasmi kerajaan negeri Selangorkini.
Sidang media semalam mencetuskan pelbagai tanda tanya, antaranya kerana Najib memanggil seluruh pemimpin utama Umno di seluruh negara untuk menyertainya.
Akhirnya ia disindir pelbagai pihak, termasuk pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN), apabila hanya mengumumkan kemasukan semula Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam Umno.

Hari ini, The Malaysian Insight mendakwa pengumuman Muhammad semalam sepatutnya disertai lapan lagi ADUN Selangor dan seterusnya menyebabkan kerajaan baru dibentuk, namun ia tidak terlaksana.
Laporan yang memetik sumber itu berkata, ia akan dibentuk dengan komposisi 34 ADUN, iaitu 12 dari Umno, 13 PAS, lapan PKR yang didakwa akan berpaling tadah serti bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: