Tumpat - Datang sebagai 'tetamu' kenduri kahwin namun menyelinap masuk ke dalam bilik untuk mencuri wang.
Bagaimanapun taktik penyamaran seorang wanita berusia 53 tahun kantoi apabila dia diberkas ahli keluarga pengantin apabila cuba melarikan diri bersama wang tunai RM113.
Kejadian kira-kira jam 3.15 petang di Kampung Nechang petang semalam ketika majlis perkahwinan pasangan pengantin baru Saidatul Akma Che Seman dan suaminya, Mohd Redzuan Abdul Wahad.
Bapa pengantin perempuan, Che Seman Mamat, 58, berkata, salah seorang anaknya menyedari kelakuan pelik wanita itu yang tiba-tiba naik ke tingkat atas ketika menyambut kedatangan pengantin lelaki.
"Anak saya mengekorinya dan selepas melihat duit di dalam beg hilang, dia terus menjerit pencuri dan akhirnya wanita itu dapat ditangkap di garaj rumah yang tergesa-gesa mahu keluar melarikan diri," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Nik Azlan Nik Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, wanita tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Menurutnya, suspek mempunyai rekod jenayah lampau sebanyak 9 kes berkaitan kes curi.
"Saya menasihati orang ramai lebih berhati-hati dan mengunci pintu bilik yang menyimpan barang berharga, wang hantaran sepanjang kenduri kahwin berlangsung," katanya.
Related Posts :
[Video KJ jangan asyik BERZUMBA! Apa yang hang buat untuk GRADUAN MENGANGGUR?] Momentum Pakatan di luar bandar naik selepas Dr Mahathir jadi calon PM. infomalay12.blogspot.comRabu, 31 Januari 2018
Momentum Pakatan di luar bandar naik selepas Dr Mahathir jadi calon PM
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (ID… Read More...
[Video Mengejutkan negeri lain kereta kabel atas gunung tinggi yg Melaka nak sangkut kat mana?] Dr Mahathir pemimpin yang baik, kata Samy Vellu. infomalay12.blogspot.com
… Read More...
[Video NELAYAN Kuala Kedah SOUND Pas & Umno! Woit, kambing pun 'reti bahasa'] Do or die & Jangan sampai menggadai nyawa pasang bulan nak setinggi bulan sedangkan pemimpin hanya memerhati jauh dari dalam kereta mewah lagi dingin. infomalay12.blogspot.comRabu, 31 Januari 2018
SELAMATKAN AKIDAH DAN WALA
Perkembangan dari masa ke semasa kalau ibarat main bola, hanya tinggal 10 minit sahaja… Read More...
[Video Melaka negeri maju, tatapi mengapa hutang bertimbun] Rakyat tanggung perit lima tahun lagi jika buat undi rosak. infomalay12.blogspot.comRabu, 31 Januari 2018
Rakyat tanggung perit lima tahun lagi jika buat undi rosak
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil b… Read More...
[Video Mereka DISESATKAN OLEH PEMIMPIN & PEMBESAR mereka] Najib-'Sistem dah telus, tak ada peluang tipu undi'! Woi Najib KENAPA TIDAK DIBENARKAN SAJA KEHADIRAN PEMANTAU ANTARABANGSA? infomalay12.blogspot.comRabu, 31 Januari 2018
'Sistem dah telus, tak ada peluang tipu undi'
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sistem pengundian tel… Read More...