@TeresaKok Dan 4 Ahli Parlimen DAP Sibuk Bantah Pengharaman Pesta Beer Oleh DBKL infomalay12.blogspot.com





Ini sahaja tahap Ahli Parlimen (MP) DAP yang ada di Wilayah Persekutuan. Kelima-lima mereka yang diketuai oleh MP Seputeh, Teresa Kok sibuk mempertahankan pesta beer. Apa masalah dengan Wakil Rakyat DAP ini yang hendak mengesa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengkaji semula penolakan permohonan 'Better Beer Festival 2017'?

Tidak ada sesiapa yang menghalang golongan 'non-muslim' untuk minum minuman keras sehingga mabuk sekalipun. Banyak kelab malam dan tempat penjualan beer dan minuman keras yang boleh mereka pergi. Cumanya, tidak perlulah sehingga menjadikan minum arak sebagai satu pesta secara terbuka.

Agak dangkal apabila seorang Wakil Rakyat menggunakan alasan mempertahankan hak dan nenjamin kebebasan semua kaum untuk mengamalkan budaya masing-masing. Persoalannya, kaum manakah yang budayanya minum arak di Malaysia? Hak dan kebebasan di dalam Agama manakah yang menghalalkan pesta arak?

Teresa Kok lima sekawan tidak perlu risau dan bersusah hati. Selangor dan Pulau Pinang berada di bawah pentadbiran mereka. Buatlah pesta beer sesuka hati kamu sepertimana yang telah dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini.

Bukankah EXCO Selangor yang juga Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Teng Chang Khim telah memberikan jaminan festival arak akan diteruskan di Selangor? Bukan jauh pun jarak Kuala Lumpur ke Selangor. Yamseeng!

Subscribe to receive free email updates: