Sekembali Dari 'Menjual' Selangor Ke China, @AzminAli Setuju 'Festival Beer 2017' Dibuat Di Selangor infomalay12.blogspot.com



Menteri Besar Selangor, DS Azmin Ali baru sahaja selesai mengadakan lawatan ke China dengan alasan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke China. Sebelum ini, kejayaan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak membawa sejumlah pelaburan yang besar ini telah dijadikan modal politik apabila pihak pembangkang mendakwa Kerajaan Persekutuan sedang menjual negara kepada China.

Lawatan Azmin Ali ini juga jelas adalah suatu lagi tindakan hipokrit oleh pihak pembangkang yang selama ini menyatakan segala usaha pelaburan yang dibuat Kerajaan Persekutuan di China sebagai sesuatu yang tidak memberi keuntungan kepada negara. Rakyat tidak lupa juga sikap hipokrit pembangkang apabila kerajaan negeri Pulau Pinang turut sama mendapatkan pinjaman dari negara China bagi menampung perbelanjaan pembangunan di negeri tersebut. 

Kini, setelah kembali ke tanahair, Azmin Ali telah menamatkan polemik festival arak yang menjadi kontroversi setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan festival berkenaan diadakan di Kuala Lumpur dengan alasan keselamatan. Tahniah Azmin Ali kerana menjadi hero kepada DAP di Selangor dengan membenarkan pesta berkenaan menjadi kenyataan. 'Octo Beer Fest' bukan perkara baru di Selangor. Ianaya disambut sejak 2011 lagi. Baca di sini. Ini pula sewaktu pesta berkenaan disambut pada 2014. Baca di sini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :