Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor menafikan penglibatannya dalam politik sepertimana didakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi dalam suratnya Khamis lalu mendakwa Rizal yang juga pegawai kepada isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor telah melanggar Peraturan Perkhidmatan Awam kerana kegiatannya itu.
"Saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik, hatta sebagai pemeriksa kira-kira di peringkat cawangan sekalipun tidak," kata Rizal sambil menyebut anggota Parlimen Pandan itu selama ini mengiktirafnya sebagai 'budak pengangkat beg'.
Rizal turut menafikan tuduhan Rafizi bahawa beliau telah berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Jun tahun lalu dan menyifatkan tuduhan Rafizi sebagai 'pembohongan yang nyata'.
"Sepanjang PRK itu saya hanya sekali ke Kuala Kangsar untuk mengikuti sidang media Rafizi berhubung dakwaan-dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap majikan saya.
"Saya mahu mendengar dengan teliti apa yang diungkapkan beliau terhadap majikan saya. Malangnya Rafizi menghalang saya dari mengikuti sidang medianya. Dan berlaku sedikit kekecohan di pintu masuk,” kata Rizal menerusi Facebooknya.
Pada Jun tahun lalu, Rizal dilarang menghadiri sidang media Rafizi di Kuala Kangsar berhubung dakwaan mengenai penggunaan jet peribadi kerajaan oleh Rosmah.
Perang mulut antara kedua-duanya meletus baru-baru ini apabila Rizal menulis surat terbuka bertanyakan lima soalan berkaitan sumber kewangan Invoke yang ditubuhkan Rafizi.
Rafizi kemudian membalas surat berkenaan bagi memberikan penjelasan mengenai kewangan Invoke dan mendakwa Rizal melanggar Peraturan Perkhimatan Awam kerana penglibatannya dalam politik.
'Budak pengangkat beg pun Rafizi takut?'
Menjawab soalan berkaitan perasmian mesyuarat Pemuda Umno, Rizal memberitahu kehadirannya pada majlis berkenaan adalah bagi memenuhi jemputan dan ia tidak melanggar peraturan pegawai awam.
"Saya harap Rafizi jangan dengki dengan saya dalam hal ini. Tidak munasabah pula untuk Pemuda Umno menjemput Rafizi bagi merasmikan mesyuarat mereka.
Read More / Baca Lagi >>