Memperalatkan Dr Mahathir untuk memecahkan pengundi Melayu, katanya, adalah lebih penting dan merupakan falsafah politik baharu veteran DAP Lim Kit Siang.
"Kit Siang tidak lagi mahu bercakap tentang masa silam Mahathir apabila beliau menjadi perdana menteri atau meminta Mahathir dibawa ke muka pengadilan terhadap apa yang telah dilakukannya, sebagaimana Kit Siang pernah bercakap pada masa lalu," demikian menurut catatan dalam blok beliau, sskeruak.blogspot.my semalam.
Salleh merujuk kepada temubual terbaharu Insight Talk apabila Dr Mahathir dan Kit Siang diwawancara oleh Jahabar Sadiq yang menjadi moderator dan temuramah melalui video itu disiarkan di http://ift.tt/2o7RSRN, kelmarin.
“Walaupun kedua-dua mereka memberi jawapan yang bersifat mengelak, mesejnya adalah sangat jelas. Kit Siang cuba memesongkan hakikat bahawa objektif utamanya ialah menjatuhkan Umno dengan menyatakan jika Umno tewas, ia baik untuk orang Melayu serta Umno.
“Dalam erti kata lain, menjatuhkan Umno adalah satu yang memberi kebaikan untuk Umno dan orang Melayu,” kata beliau.
Beliau berkata kedua-dua mereka kemudian bercakap mengenai undi dari kawasan majoriti Melayu dan bagaimana mereka perlu menghakis pengaruh Umno di kawasan-kawasan berkenaan jika mahu mengalahkan Umno.
“Untuk itu berlaku, orang Melayu perlu berpecah kerana masyarakat Melayu yang bersatu memberi kelebihan kepada Umno. Jelas daripada apa yang mereka katakan bahawa tugas Mahathir ialah untuk memecahkan orang melayu supaya Pakatan (Pakatan Rakyat) pimpinan DAP boleh tampil berkuasa,” kata Salleh.
'DAP parti dominan'
Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata sekarang semakin jelas bahawa DAP ialah “parti dominan” dalam Pakatan Harapan dengan Lim Kit Siang sebagai pemimpin “de facto” yang bijak mengatur percaturan dan mencorakkan penampilan Pakatan Harapan.
Tengku Sariffuddin berkata ia menggunakan strategi Ali Baba dengan meletakkan pemimpin Melayu di barisan hadapan tetapi “power broker” sebenarnya berada di belakang tabir.
"Bagaimanapun, orang melayu hari ini sudah mula menghidu taktik kotor ini kerana ia menghina kecerdasan mereka.
"Mengapa DAP dan Kit Siang bermain silap mata ini? Ini kerana pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Pakatan mula merosot, mereka memerlukan seorang tokoh Melayu yang baharu di barisan hadapan sebagai topeng," kata Tengku Sariffuddin dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata DAP dan Kit Siang tahu benar bahawa orang Melayu tidak akan menyokong mereka bulat-bulat.
Read More / Baca Lagi >>