Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme Cynthia Gabriel berkata langkah itu tidak akan berjaya tanpa perlindungan tukang adu.

PETALING JAYA: Sebuah NGO anti-rasuah tidak yakin rancangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan ganjaran kepada penjawat awam yang melaporkan kes rasuah akan berhasil.
Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme Cynthia Gabriel berkata rancangan itu tidak akan berjaya tanpa meletakkan langkah-langkah perlindungan tukang adu yang secukupnya.
“Ganjaran itu bagus, tetapi hanya akan berhasil jika tukang adu diberi perlindungan secukupnya selepas membuat laporan itu,” katanya, dan menambah sesetengah orang mungkin tidak berminat dengan ganjaran itu kerana mereka benar-benar ikhlas mahu mengekang rasuah.
Aktivis itu berkata demikian selepas Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi berkata penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada agensi itu akan diberi ganjaran dalam bentuk insentif tunai, menyamai nilai rasuah yang ditawarkan.
Ganjaran itu akan diberikan sekiranya tertuduh disabit jenayah itu.
Sazali menambah setakat ini seorang kakitangan imigresen dan polis sudah menerima ganjaran kerana melaporkan rasuah.
“Ganjaran itu bagi menggalakkan penjawat awam melaporkan kegiatan rasuah sekali gus mampu menghapuskan rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini.”
Cynthia sebelum ini berkata budaya melaporkan salahlaku berisiko dan tidak mengalakkan kerana tukang adu diganggu dan ditahan.
Read More / Baca Lagi >>
Related Posts :
Guru Terengganu, Kelantan dinasihat terus berbakti di Sabah, Sarawak - Maszlee infomalay12.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal.
Sehubungan itu, Menterinya, Maszlee Ma… Read More...
PH, PENDERITAAN MASYARAKAT LUAR BANDAR ITU BENAR! infomalay12.blogspot.com
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal kebajikan masyarakat luar bandar terutama petani, nelayan, peno… Read More...
kisah JANJI PH vs FIRAUN infomalay12.blogspot.com
Jom ..kita recap semula berkaitan dengan...Janji Rejim Pakatan Harapan ..
Dulu: “Tunggu kami jadi kerajaan, baru laksanakan janji.”
Bila… Read More...
'Gantikan Waytha dengan Nurul Izzah' - cadangan PAN infomalay12.blogspot.com
Ketika penolakan rakyat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, dilihat berterusan Pemuda Amanah Terengganu tampil m… Read More...
Nobita Sekeluarga Main Wayang Opera China Ketika Bercuti Di Australia infomalay12.blogspot.com
Portal tempatan melaporkan wayang opera China dari keluarga Menteri Kewangan Hong Kong yang bercuti di Melbourne, Australia dengan mena… Read More...