Ketika ini, pucuk pimpinan PKR mempunyai pandangan berbeza sama ada ingin terus bekerjasama dengan Pas atau tidak dalam menghadapi PRU akan datang.
Minggu lalu, Rafizi telah mencadangkan satu kongres khas di peringkat kebangsaan diadakan bagi memutuskan sama ada rundingan dengan Pas perlu diteruskan atau tidak.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan PKR akan terus mengadakan rundingan dengan Pas bagi mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru.
"Mungkin pihak luar merasakan pengaruh Azmin amat besar. Tetapi sama ada pengundi ataupun akar umbi, pendirian mereka cukup jelas ialah berharap PKR jangan lagi bekerjasama dengan Pas.
"Oleh itu, saya tidak bimbang mengenai diri saya dalam parti kerana saya cuma bercakap benar," katanya kepada akhbar itu.
Mengenai cadangan mengadakan kongres khas, Rafizi berkata, beliau yakin ia akan dapat diadakan dengan menerima persetujuan daripada sejumlah 872 perwakilan sebagai memenuhi kuota minimum.
Sedia hadapi pertandingan tiga penjuru Pakatan Harapan perlu menerima hakikat bahawa gabungan pembangkang ini tidak boleh lagi bekerjasama dengan Pas, malahan perlu bersiap sedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan, sekiranya Pakatan Harapan masih belum bersedia membuat persiapan menghadapi PRU akan datang, pengundi dan penyokong sudah tentu akan rasa keliru mengenai kesungguhan mereka untuk menentang BN.
"Walaupun akan berlaku pertandingan tiga penjuru, tetapi sebenarnya adalah pertandingan satu lawan satu kerana Pas jelas dilihat akan berada di pihak Umno," katanya seperti yang dipetik dalam Oriental Daily.
Menurut Guan Eng, ada ura-ura menyatakan Pas akan meletakkan calon untuk menentangnya pada PRU akan datang.
"Biasanya sesebuah parti akan hanya tanding di kawasan yang mempunyai harapan untuk menang. Jelas sekali Pas mempunyai kewangan yang banyak.
"Mereka tidak kisah walaupun akan hilang wang pertaruhan," katanya