Elizabeth Wong berkata partinya masih terbuka untuk rundingan termasuk dengan PAS.
“Kalau mereka mula cakap macam itu, saya rasa ia agak menarik kerana maksudnya mereka mula fikir mungkin ada peluang (berbincang dengan PKR),” kata Elizabeth Wong.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari baru-baru ini berkata PAS hanya akan membuka pintu rundingan atau mengadakan kerjasama politik sekiranya PKR meninggalkan Pakatan Harapan (PH), yang menurut PAS di diketuai DAP.
“Pintu rundingan ini dibuka semula dengan syarat PKR meninggalkan DAP dan PAN,” katanya Ahmad Fadhli merujuk singkatan kepada Amanah yang kerap digunakan pemimpin PAS.
PH yang menggabungkan PKR, DAP, Amanah dan PPBM merupakan gabungan politik menggantikan Pakatan Rakyat yang dimansuhkan selepas pertelingkahan PAS-DAP.
Mei lalu, PAS secara rasmi menamatkan kerjasama dengan PKR selepas menuduh parti itu melanggar syarat “tahaluf siyasi”, istilah yang digunakan pemimpin PAS untuk menyifatkan kerjasama politik bersama parti berlainan ideologi.
Elizabeth berkata PKR sebuah parti yang terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti politik termasuk PAS jika mempunyai agenda sama menumbangkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>